Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan umur persaraan bagi kakitangan awam dinaikkan menjadi 60 tahun. Sebelum ini umur persaraan adalah 56 tahun. Kemudian ia dijadikan 58 tahun. Umur persaraan 58 tahun adalah opsyen. Maka umur persaraan 60 tahun juga adalah opsyen. Ertinya, siapa mahu boleh mohon. Siapa tidak mahu, boleh pencen pada umur 56 tagun atau 58 tahun. Alasan yang dikemukakan oleh pihak Cuepacs ialah untuk memanfaatkan kepakaran yang ada pada kakitangan awam yang berpengalaman.
Cadangan Cuepacs tersebut ada pro dan kontranya. Mungkin kedengaran bagus untuk negara orang yang pakar meneruskan khidmatnya. Kalau perlu berkhidmatlah sapai mati. Rugi kalau seorang yang pakar, tiba-tiba terpaksa berhenti menyumbangkan khidmatnya kerana tempoh perkhidmatan telah tamat.
Namun, bagaimana dengan kualiti kerja yang merosot berikutan bertambahnya umur. Seorang yang sudah tua, tentu kualiti kesihatannya sudah menurun dan pula motivasinya sudah tidak setinggi zaman mudanya. Seorang guru misalnya, sudah puluhan tahun menjadi guru dan mengadap murid-murid yang sama serupa kerenahnya, malah semakin menajadi-jadi sejak akhir-akhir ini, tentu sudah merasa letih dan bosan. Ketuaannya cukup meletihkan. Bermakna, tugas keguruannya tidak dapat dijalankan dengan baik lagi.
Bagaimana pula peluang tenaga muda untuk menceburkan diri dalam tugas-tugas yang mulanya dilakukan oleh generasi tua, Sampai bila mereka hendak menunggu. Yang tua tak gugur-gugur manakala yang muda melilau mencari peluang. Biarlah dunia ini digilirkan sesama manusia.
Bila masa lagi penjawat awam itu hendak berehat bersama anak cucu? Bila masa lagi mereka hendak menghabiskan masa di masjid dan surau solat berjemaah? Masa berkhidmat, tugas selalu dijadikan alasan. Tak sempat untuk pergi masjid solat berjemaah kerana bangun pagi pergi bekerja dan pulang pula lewat petang atau malam. Keletihan pula. Akhirnya matilah sebagai orang tua yang miskin amal.
Dunia dikejar biarlah berpada-pada. Sepatunya masa muda akhirat sudah dikejar. Tapi, tak ramai orang mampu bekerja untuk akhirat dengan tingkat yang hebat masa muda. Masa tua, ramai yang mampu. Waktu itu, fikiran sudah stabil. Godaan harta dan wanita bukan masalah utama lagi.Kebanyakan sudah punya kedudukan aset yang stabil dan isteri dan anak-anak sudah beremut. Cucu pun sudah berlambak.
Tidak sepatunya umur persaraan dinaikkan menjadi 60 tahun. Kalau boleh, biar umur persaraan turun menjadi 50 tahun. Kemudan ada 10 atau 13 tahun sebelum umur ramai orang mati, dapat digunakan buat meningkatkan tumpuan membina negeri akhirat.
Dunia yang kita ada hanya antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Mana mahu diselitkan akhirat? Dunia setebal tembok Yakjuj Makjuj, tapi akhirat senipis kertas tisu.
No comments:
Post a Comment