CARI BAHAN

Wednesday, September 01, 2010

Hujan lebat tiba-tiba

Semalam, hujan lebat sekali. Bulan Ramadhan yang panas mendapat rahmat dengan hujan semalam yang menyejukkan kembali bumi yang panas. Alhamdulillah. Sesungguhnya hujan semalam turun pada masa yang amat diinginkan kebanyakan orang. Kira-kira jam 11.30 malam. Waktu tidur. Ramailah pula yang lena diulit mimpi dan didodoikan oleh bunyi hujan menimpa atap.

Bagaimana kalau semalam adalah Lailatul Qadar. Rugilah orang yang membiarkan dirinya lena diulit mimpi. Beruntunglah mereka yang bermujahadah dalam ibadah, beriktikaf dan solat malam serta hadir pula solat subuh berjemaah.

Kata orang malam al-Qadar hujan tidak turun. Itu bukan tanda yang nabi sebutkan dalam hadis yang soheh. Siapa tahu kalau hujan turun tetapi malam al-Qadar. Itu hak Allah. Lagipun, bukankah hujan itu rahmat. Turunnya malaikat juga rahmat. Kedua-duanya rahmat. Apa tidak mungkin Allah menurunkan hujan buat direnungi kita bahawa sebagaimana banyaknya titisan hujan itu, demikianlah pula banyaknya malaikat yang turun ke bumi?

Subhanallah....

Kalau siapa mendapat kepastian bahawa semalam adalah Lailatul Qadar, Rasululah SAW minta disembunyikan. Perihal Lailatul Qadar jangan didedahkan. Biar jadi rahsia sendiri. Kalaupun nak dedahkan, nanti sahaja selepas berlalunya Ramadhan.

No comments: