CARI BAHAN

Friday, September 03, 2010

Melayu kita berahi ramalan

Orang Melayu kita, memang suka pada ramalan. Sejak zaman sekolah, murid-murid kita diajar meramal soalan. Untuk lulus cemerlang, guru-guru ajar murid macam mana cara meramal soalan. Tak perlu baca buku sampai nak pecah otak. Ramal saja soalan mana akan naik dalam peperiksaan. Terdapat carta ramalan yang di susun oleh guru pakar untuk menunjukkan galur naik turun sesuatu topik yang disentuh dalam saoalan peperiksaan. Jadi, murid melayu kita pun baca pada bahagian yang diramalkan naik.  Orentasi pelajaran kepada peperiksaan yang sudah sedia tebal, bertambahlah tebal beberapa inci lagi.

Pelajar Cina tak pulak sibuk pasal soalan ramalan. Mereka belajar secara intensif. Baca buku samnpai lunyai. Semua topik dibaca dengan pelbagai kaedah. Murid Melayu kita pula sanggup mecuri soalan untuk lulus peperiksaan. Paling malang yang curi itu orang dewasa Melayu yang menyusup dalam sistem. Pandainya Melayu kita kalau pasal nak lulus periksa secara mudah.

Akibatnya, lulus periksa dengan cemerlang tetapi ilmu tak ada. Macam mana nak ada ilmu kalau ilmu hanya berdasarkan soalan ramalan?

Itu masa zama persekolahan. Bila dah jadi dewasa, sebahagian terpaut dengan ketagihan kepada nombor ramalan. Judilah itu. Masa riuh mengenai bola sepak dunia, heboh juga pasal ramalan si sotong bernama Paul. Bila kasut hilang di masjid, pergi jumpa tok bomoh , meramal di mana hilangnya atau siapa yang mengambil. Kemudian, dengan mudah pula percaya kepada ramalan si penjual ubat. Penjual ubat yang menipu boleh hidup dan mengembangkan penipuannya kerana masyarakat kita suka sangat apa sahaja pasal ramalan.

Kalau dari zaman sekolah dah diajar soalan ramalan, nanti bila dah besar ramalanlah menjadi keberahian. banyak orang percaya ramalan mengenai Perdana menteri Malaysia. Kononnya ia adalah teori. teori RAHMAN katanya. Kalau teori, kena ada kajian dan pembuktian. Macam Teori Graviti . Kalau sekadar meneka dalam khayalan itu namanya ramalan. Lepas Najib, dikatakan lengkaplah ramalan RAHMAN.

Aduh...mengapa bangsa Melayu berahi sangat dengan ramalan ini??

No comments: