Datuk Sosilawati Lawiya, 47, seorang jutawan kosmetik yang hilang sejak 30 Ogos lalu, kini dikatakan telah mati dibunuh. Mayatnya dibakar dan abu mayatnya dibuang ke laut di pantai Morib, Selangor. Sungguh berdarah dingin si pembunuh tersebut. Pembunuh berdarah dingin sebeginilah juga yang telah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibu beberapa tahun lalu. Beberapa kes pembunuhan yang berlaku di seluruh negara, memberi petunjuk kepada kita betapa kroniknya masyarakat dewasa ini. Kes bunuhnya luar biasa kejamnya. Ada yang dibunuh dan tubuhnya dipotong 18. Ada yang dikelar. Ada juga dirogol dan dibunuh.Berbagai-bagai cara orang dibunuh. Paling sadis, anak kecil dikelar leher. Entah di mana hati budi manusia yang melakukannya.
Sesungguhnya untuk orang begini, Allah sediakan neraka. Apakah mereka menyangka mereka akan selamat daripada hukuman Allah?
No comments:
Post a Comment