CARI BAHAN

Saturday, September 11, 2010

Solat Subuh

Subuh pagi tadi, jemaah sudah kurang sekali. Tak sama dengan jumlah pagi-pagi Ramadhan. Husnuz zan, aku menduga bahawa ramai yang mabuk daging dan ketupat di hari raya. Mungkin beraya sehingga lewat malam dengan perut kenyang, menjadikan ramai yang 'syahid'.

Wah hasil, jangan balik asal. Semasa Ramadhan, kita boleh datang solat Subuh berjemaah. Mengapa selepas Ramadhan kita mahu tinggalkan solat Subuh berjemaah? Solat Subuh berjemaah adalah petanda kita mempunyai keperibadian kuat. Siapa yang dapat memulakan harinya dengan dengan solat Subuh berjemaah,  dia telah merintis harinya dengan permulaan yang baik.

Semoga Allah menjadikan kita istiqamah!

No comments: