CARI BAHAN

Friday, September 10, 2010

Ketupat didoakan

Apabila ibuku buat ketupat, tak kira bila, di musim perayaan atau hari-hari biasa, pasti akan dimajlisdoakan.Majlis doa itu tak perlu ramai. Masa arwah bapaku masih hidup, dia yang selalu baca doa. Kadang-kadang lepas solat insya di masjid, kalau ketupat dah masak, Tok Wan Li akan dijemput baca doa untuk ketupat. Pagi raya, lepas solat Subuh di masjid, Tok Wan Li selalu dijemput untuk bacakan doa. Bila aku dah besar dan jadi ustaz, selalu pula ibuku suruh aku baca doa.

Sudah menjadi adat kebiasaan dalam keluarga, malah mana-mana keluarga generasi lama dalam kampungku, buat ketupat perlu dimajlisdoakan. Selepas itu, barulah orang lain boleh makan dengan sebebasnya. Sebelum dimajlisdoakan, ketupat disimpan dalam periuk atau bawah tudung saji sahaja.

Demikianlah ketupat, begitu istimewa dalam masyarakat kampungku...

No comments: