Jangan terpengaruh dengan khabar angin hari raya akan jatuh pada hari Khamis. Demikian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan. Menurutnya, khabar itu cuma mainan peniaga untuk melariskan jualan mereka.
Beliau, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama, hanya responsif terhadap isu-isu sepele begitu. Dalam sehari dua ini, terdapat isu yang lebih penting mendapat respons dan tindakan segera daripadanya. Isu yang pertama kali ditimbulkan oleh Ust Nasruddin Hasan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, seharusnya lebih layak diutarakan oleh menteri berkenaan. Isu berkenaan TV3 menayangkan iklan yang mengandungi unsur-unsur kristian, Hindu dan Budha merupakan satu cubaan pluralisme agama dan juga penghinaan kepada Islam.
Jangan terpengaruh dengan khabar angin bahawa hari raya hari khamis! Apa nilainya amaran tersebut? Kalau masyarakat mahu terpengaruh, apa kesannya kepada akidah? Apa pula kesannya kepada ibadah di bulan Ramadhan? Kesan terhadap perniagaan, biarlah. Itu bukan bidangkuasa menteri berkenaan. Tugas menteri berkenaan menjaga agama, bukan menjaga perniagaan.
Terpengaruh dengan mainan peniaga atau terpengaruh dengan golongan yang mendokong pluralisme agama, mana satu yang merbahaya untuk agama?
Kelihatannya, menteri berkenaan tidak mengenal aulawiyyat dalam tugasnya. Tidak hairan, banyak isu-isu utama agama dipandang sepi sedangkan isu-isu sepele yang tak berkaitan diutamakan.
Kalau rakyat sangka hari raya adalah hari khamis, pedulikan. Bukankan pengumuman Pemegang Mohor-mohor diraja yang memuktamadkannya?
No comments:
Post a Comment