Hari raya Idul Fitri tahun ini jatuh pada hari Jumuat. Para ulama mempunyai perbezaan pandangan mengenai hukum solat Jumuat bagi mereka yang sudah solat hari raya. Berikut adalah sedikit kupasan mengenai perbezaan pandangan tersebut:-
1) Tidak gugur jumuat ke atas mereka yang telah solat Idul Fitri.
2) Gugur jumuat ke atas mereka yang datang dari jauh (pedalaman) untuk solat Idul Fitri.
3) Gugur solat jumuat ke atas mereka yang telah menunaikan solat Idul Fitri.
Bagi yang mengatakan bahawa kewajipan jumuat gugur dengan sebab sudah mendirikan solat Idul Fitri, berlaku perselisihan pandangan mengenai kewajipan zohor. Satu pihak mengatakan gugur juga kewajipan solat Zohor dan satu pihak lagi mengatakan kewajipan Zohor tidak gugur. Pendapat yang mengatakan kewajipan Zohor tidak gugur adalah lebih selamat.
Syeikh Islam Ibn Taimiyyah setelah menjelaskan tiga pandangan dia atas, beliau mentarjihkan pandangan ketiga berdasarkan hadis dan amalam para sahabat dan salafus soleh. Pandangan ketiga juga diperkuatkan dengan hujah bahawa maksud berhimpun telah tercapai dengan mendirikan solat Idul Fitri, maka tidaklah lagi perlu mendirikan solat Jumuat. Ibn Taimiyyah menambah, gugurnya kewajipan solat Jumuat tersebut adalah ke atas yang bukan imam. Imam solat Jumuat wajib mendirikan solat jumuat untuk mereka yang tidak solat Idul Fitri.
No comments:
Post a Comment