CARI BAHAN

Monday, September 13, 2010

Akhirnya pemasyhuran itu berlaku.

Sultan Kelantan telah gering lebih dari setahun. Selama tempoh tersebut, anakandanya Tengku Faris yang memangku tahta. Selama tempoh tersebut juga berlaku pelbagai krisis melibatkan istana Kelantan. Isu Monahara dan Tengku Fakhri, adik kepada Tengku Faris sedikit sebanyak mencalit aib kepada istana Kelantan. Kemudian, berlaku pula krisis antara Tengku Faris dengan adiknya berhubung poemecatan Tengku Fakhry dari majlis perajaan. Seterusnya disusuli dengan cabaran Tengku Fakhry berhubung hak abangnya sebagai pemangku. Timbul pula isu Sultan Kelantan menceraikan isteri keduanya dengan talak tiga. Banyak pihak mengandaikan permaisuri Kelantan sebagai pemain sebenar di belakang layar bagi isu-isu tersebut.

Rakyat sedang memerhati perkembangan yang terjadi. Pemasyhuran sultan Kelantan yang baru ini dan kemudian dibantah dengan petisyen oleh peguan ayahnya, juga dilihat permaisuri sebagai pemain di belakang tabir. Sultan Kelantan telah gering dan bergantung hidup dengan alat bantuan. Permaisuri dikatakan mempunyai hubungan kurang mesra dengan Tengku Faris walaupun Tengku Faris itu anaknya sendiri. Dia lebih mengasihi anaknya yang satu lagi iaitu Tengku Fakhry. Barangkali, kalau boleh, dia mahu anaknya yang itu menjadi pengganti sultan Kelantan.

Tengku Faris lebih disukai oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan bukan Kelantan serta kerajaan yang memerintah Kelantan sekarang kerana dia mempunyai watak yang lebih beragama dan soleh. Dia juga lebih dekat dengan TG Nik Aziz, menteri besar, figur dan ulama kesayangan bukan sahaja rakyat Kelantan, malah ramai pencinta agama di Malaysia. Amat jauh perangai dan wataknya dengan adiknya Tengku Fakhry. Amat berbeza laksana berbezanya siang dalm malam.

Dalam zaman ini, perkembangan istana di Kelantan bukan sahaja diamati oleh rakyat Kelantan. Seluruh rakyat Malaysia, khasnya bangsa Melayu yang peka sedang mengamati dan menilai kecintaan tradisi mereka kepada institusi kesultanan Melayu. Rakyat sudah tidak boleh ditakutkan dengan tulah jika mengkritik Sultan. Malah, Rakyat boleh menjatuhkan dan menaikkan Sultan mana yang mereka kehendaki. Orang Melayu sudah banyak berubah dan golongan istana perlu sedar bahawa tidak semua kelakuan mereka akan diterima rakyat tanpa soal.

Zaman feudal sudah berlalu.  

No comments: