CARI BAHAN

Friday, September 10, 2010

Usah diturut hawa nafsu

Waktu masih lagi Ramadhan, rasanya macam mahu makan sepuas-puasnya pada hari raya. Terasa dahaga dan lapar amat. Tetapi, bila hari raya sudah tiba dan makanan jenuh sekali, keinginan untuk minum dan makan pun sirna. Tak terdaya untuk makan dan minum sebagaimana yang dibayangkan semasa puasa dahulu. Begitulah sifat nafsu. Sebab itu, atas orang yang berakal, jangan dituruti nafsu. Nafsu itu laksana fatamorgana. Dari jauh nampak menggiurkan, bila sudah dekat ia pun hilang.

Berapa banyaklah makanan yang mampu diisi ke dalam sekoncong perut. Lebih isi, ia akan termuntah. Kalau tidak pun, tersadailah badan tak mampu buat apa-apa. Nikmat makan hanya seketika melahapnya, kemudian kekenyangan itu membawa sengsara.

Demikianlah nafsu-nafsu yang lain. Senikmat mana sangat nafsu seks yang dilayani tanpa batas itu. Cuma beberapa saat inzal, kemudian hilanglah nikmat. Silap langkah, akan terzahirlah mudarat di dunia. Yang perempuan mengandung. Yang lelaki banyak pula menderita penyakit aids. Kalau pun tidak menderita aib, kegelisahan dan rasa berdosa. Di akhirat bertambah pula sengsaranya.

Sebab itu, usahalah nafsu dituruti....

No comments: