CARI BAHAN

Sunday, September 05, 2010

Melayu orthodok

Melayu Islam jenis apa yang aku kenali di satu masa dulu?

Oleh kerana lapar buah tembikai, difatwakan bahawa mencuri tembikai cina tak menjadi dosa. Orang cina rajin menanam tembikai di atas tanah- tanah kebun  getah semula yang dipajak daripada pemilik Melayu. Tanaman mereka menjadi dan buah tembikai bergelempangan di sepanjang batas yang memanjang celah-celah kebuh getah semula. 

Kenapa tembikai cina tanam menjadi? Kenapa yang Melayu tanam tak menjadi? Maka, ada Melayu yang berfatwa bawa sebab Cina guna tahi babi, sebab itu tembikai menjadi. Sudahlah dikatakan Cina guna tahi babi sebagai baja tembikai, bila tembikai sudah besar, difatwakan pula bahawa mencuri buah tembikai cina tak dosa. Harta cina itu halal dicuri. 

Wah, melayu jenis apa yang aku kenal dulu? Sungguh kusut cara berfikirnya. Keinginan mencuri dan merompak diwajarkan dengan alasan agama!

Itulah Melayu ortodhok yang kini hampir pupus. Saki bakinya masih ada dalam UMNO.  Tanpa rasa bersalah, mereka kata Lim Guang Eng menyembelih lembu kurban disaksikan sekumpulan orang Islam. Sudah termaklum secara dharuri di kalangan orang Melayu, orang bukan Islam tidak boleh sembelih. Tak halal. Melayu, jahat macam mana sekalipun, kalau pasal halal haram dalam makanan amat sensitif. Tak munasabah pada akal dan budaya Melayu, untuk  membenarkan Lim Guang Eng menyembelih binatang kurban!


Tak payah buktikan gambar itu super-impose atau tidak. Bagi yang tahu budaya Melayu, sudah cukup  untuk menyimpulkan, tak mungkin Lim Guang Eng yang menyembelih haiwan kurban itu. Tak mungkin! Apatah lagi menyembelih sambil di kerumuni sekumpulan Melayu.

Sungguh dakwaan itu memperbodohkan tahap pemikiran orang Melayu. Melayu mana yang mendakwa ini? Melayu mana lagi? Melayu yang pernah kata Cina tabur tahi babi untuk suburkan tembikai dan kemudian fatwakan pula halal makan tembikai curi milik orang cina. Melayu itulah. Melayu yang menghalalkan dan mengharamkan ikut nafsu.

Dosa yang lebih besar dari buat cerita ifki itu lagikan sanggup digeluti. Sekadar mengadakan cerita begitu, apalah nak dihairankan??

No comments: