CARI BAHAN

Saturday, September 04, 2010

Usah mendahului jadual Allah

Di kalangan para guru yang sudah lama berkhidmat di Sabah, sekarang timbul desas desus bahawa permohonan balik negeri tidak akan ditanggung dari segi kos perpindahan. Ramai sahabat guru yang memendamkan hasrat untuk pulang lantaran memikirkan kos yang tinggi bakal dibayar jika perpindahannya diluluskan kelak. Di samping itu, perpindahan ke beberapa negeri seperti tertutup terus.  Khabarnya, perpindahan dari Sabah pulang ke semenanjung hanya ada di negeri seperti Johor dan Perak. Ramai guru dari Kedah dan Kelantan enggan memohon pulang kalau nanti mereka akan dilempar ke Johor dan Perak. Ada di kalangan mereka yang sudah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Ironinya, ada sesetengah guru yang baru bertugas 2 atau 3 tahun, tiba-tiba mendapat tawaran pertukaran ke negeri asal. Paling tidak ke Semenanjung. Ini menimbulkan tandatanya. Beberapa kesimpulan dibuat berdasarkan beberapa contoh. Kalangan yang pulang itu, ada yang mendapat rekemen kuat daripada menteri. 

Nampaknya, penyalahgunaan kuasa pak menteri masih berleluasa. Para guru yang memohon pulang itu pulak, pergantungannya kepada pak menteri berlebihan menyebabkan dia sanggup merayu dan melutut nusrah daripada pak menteri. Siapa yang berkerabat dengan pak menteri, dapatlah.

Di atas semua perkembangan itu, penentuan Allah itulah yang terbaik. Sesiapa yang mengusahakan pelbagai cara melalui tangan-tangah ghaib, dia akan melihat perkara yang dibencinya dalam perkhidmatannya. Bukankah Tuhan yang menyusun tadbir tetapi seseorang itu mendahului susunan tadbir Tuhan. secara paksa dan penuh muslihat, dia mendapat kuasa menteri secara salah.

Boleh jadi apa yang kamu sukai itu tidak baik untuk kamu! Maksud firman Allah SWT.

No comments: