Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri merancang untuk membuat sidang antarabangsa di Malaysia melibatkan isteri beberapa pemimpin dunia yang disifatkannya sebagai "pertemuan para wanita pertama". Dijangka lebih 30 orang daripada pelbagai negara akan hadir. Turut dijemput adalah isteri Barrack Obama, presiden Amerika Syarikat.
Selama ini, istilah "First Lady" tidak digunakan oleh isteri perdana menteri Malaysia. Selain struktur perlembagaan negera yang tidak meletakkan Perdana Menteri sebagai pemimpin tertinggi, isteri perdana menteri umumnya adalah wanita Melayu yang kaya dengan budaya Melayu. Wanita Melayu, bukan jenis yang suka mendedahkan diri ke khalayak dan tidak mengejar populariti. Oleh kerana Perdana Menteri bukan pemimpin tertinggi, maka tidaklah layak isterinya digelar "wanita pertama' sebagaimana di kebanyakan negara, terutama yang bersifar Republik.
Nemun, menjadi wanita pertama bukan hebat. Dalam Islam, isteri-isteri nabi digelar "Ummahatul Mukminin". Ini adalah satu gelaran muliqa buat mereka. Menjadi ibu kepada orang beriman, adalah satu kedudukan yang bukan calang-calang. Sebagai sebuah negara ummat Islam, boleh juga kalau Rosmah mahu kedudukannya dihargai. Tetapi bukan dengan cara menggelarkan diri sebagai "First Lady". Lebih mulia dan lebi sesuai dengan adat ketimuran dan keislaman jika dia melebelkan dirinya sebagai"Ummul Watan" atau "Ibu Pertiwi".
Namun, dari segi rangking dan keutamaan, Rosmah sebenarnya buakan sesiapa. Dari segi keutamaan , isteri Yang Dipertuan Agung lebih aula digelar "Ummul Watan" sebab dia isteri pemimpin teringgi yang diiktiraf perlembagaan negara.
Sepatutnya, isteri perdana menteri tidak perlu menyibuk. Negara tidak bertambah baik dengan sifat "busy body" seorang isteri perdana menteri.
No comments:
Post a Comment