CARI BAHAN

Wednesday, September 01, 2010

Membaca tanpa guru

Kalau nak baca buku, bacalah. Jangan takut dan jangan ragu-ragu. Membaca menambahkan pengetahuan. Bacalah biarpun tiada guru. Kerana yang mengarang kitab-kitab dan buku-buku itu, itulah guru. Ada orang menyebut, sesiapa yang tiada guru baginya, syaitanlah gurunya. Dengan kata-kata itu, sesiapa yang mendapat ilmu hanya dengan cara membaca buku, dikatakan tidak berguru.

Aku masih ingat, almarhum bapaku melarang aku mebaca kitab-kitabnya dengan alasan tersebutlah. Katanya, kalau nak baca kitab, perlu ada guru.Aku pernah mendengar guru bapaku mengajar kitab-kitab itu. Ketika itu aku sudah berada dalam tingkatan 5 atau 6 atas. Aku mendapati gurunya melakukan banyak kesalahan seaktu membaca teks Arab. Termasuklah ayat Quran dan Hadis. Kesalahan guru bapaku itu menyebabkan aku berkesimpulan bahawa seseorang yang berguru pun boleh membuat kesalahan ketika mebaca kitab dan buku yang ditadahnya dari gurunya. Jadi apa hebatnya berguru. Kefahaman seseorang bukan terletak kepada sesetia mana dia menadah kitab. Selain anugerah Allah SWT yang melapangkan dada, kemampuan seseorang untuk memahami bacaan kitab dan buku bergantung kepada penguasaan ilmu alat yang dimiliki.

Apalah gunanya Imam Syafie mengarang kitab Al-Umm kalau untuk membacanya perlu menunggu guru yang mengajarkannya. Membacanya tidak bebas. Baca sahaja. Kalau tak faham, tanya. Guru yang dikatakan mendapat talaqi kitab daripada gurunya pun belum tentu menepati sebagaimana apa yang diajarkan oleh gurunya terdahulu.

Terlanjur menyentuh hal ini, aku menolak konsep ijazah kitab. Seorang yang diberi ijazah menandakan dia berguru sesebuah kitab kepada seseorang, belum tentu menguasainya. Ijazah cuma sehelai kertas tetapi ilmu bukan di atas sutur tetapi dalam sudur.Apakah hak seseorang untuk mengijazahnya kitabnya kepada seseorang. Kalau hendak mensyaratkan ijazah baru boleh dibaca kitabnya, banyak lagi kitab lain yang boleh dibaca tanpa dituntut ijazah.

Membaca telah diamalkan secara meluas oleh masyarakat bukan Islam sedangkan kita masih berpantang larang untuk melaksanakan pembacaan. Islam tidak mengajar semua ini.

No comments: