Rupanya sekarang ini ramai pula yang menjadi jutawan kosmetik dan kecantikan. Zaman dahulu, soal-soal kosmetik ini diuruskan oleh mak andam. Tak ada mak andam yang kaya. Boleh hidup dengan kerjanya mengandam pengantin dan taklah menjadi kaya raya dengan andamannya. Orang zaman dulu juga ada mak bidan. Mak bidan punya banyak kebolehan dalam soal kecantikan. Dia bukan sahaja menyanbut kelahiran anak. Mak bidan mengurut mengembalikan kecantikan ibu yang melahirkan. Ada juga bomoh-bomoh susuk yang menawarkan khidmat mencantikkan muka dan tubuh badan. Ramuan-ramuan digunakan untuk kecantikan fizikal. Semua itu, tidak menjadikan orang yang memberi perkhidmatannya kaya raya. Apa lagi untuk jadi jutawan.
Namun, zaman ini, kecantikan telah menjadi sebuah industri. Berbagai-bagai syarikat muncul menawarkan produk kecantikan kepada orang ramai. roduk kecantikan itu dikombinasikan pula dengan kesihatan. Manusia, secara fitrahnya mahu cantik dan mahun sihat. Dengan mudah, pengusaha produk kecantikan dan kesihatan dapat menakluk jiwa orang ramai.
Kalau di kaki lima Chow Kit, kita boleh lihat betapa lakunya penjual ubat. Penjual ubat memang petah berbicara menceritakan kehebatan ubatnya. Disulami pula dengan silap mata yang memukau. Suasana seperti ini ada di kebanyakan pasar-pasar jualan di seluruh negara.
Kini, zaman telah berubah. Semuanya serba komesial. Semuanya profesional. Mak andam sudah dikendalikan secara profesional dan komersial. Demikian juga ilmu perbidanan yang dulunya dibawa oleh mak bidan, sekarang telah dikendalikan secara komersial dan profesional. Selaras dengan minat orang ramai kepada kecantikan dan kesihatan, perniagaan mereka cepat berkembang dan melebar jaringannya sehingga muncullah jutawan-jutawan yang diistilahkan sebagai jutawan kosmetik.
Hal ini memberi kita satu interpretasi. Bahawa masyarakat kita mempunyai kecenderungan tinggi terhadap kecantikan fizikal. Muka mahu cantik. Body juga mahu lawa. Suara mahu merdu. Bau mahu harum. Rambut mahu ikal mayang. Kalau boleh, ciptaan asal Tuhan mahu diubah agar menambahkan kecantiakan. Hidung biar tinggi. Pipi biar bagai pauh dilayang. Alis biar melentik. Bibir mahu munggil. Pendeknya biar kelihatan cantik sempurna.
Biar duit habis beribu tak mengapa asalkan dapat dilihat cantik.
Bila sudah cantik fizikal tersebut, apakah dalaman akan cantik juga? Seorang isteri yang dapat mencantikan dirinya, apakah dia akan memadai dengan mempertontonkan kecantikan buat suaminya di rumah? Seorang anak yang mahu cantik, apakah dia akan patuh dan akur kepada nasihat ibu ayah? Untuk apa semua kecantikan itu?
Ramai isteri cantik jadi durhaka suami. Kerana dia cantik, kehidupannya mula menjadi jalang. Curang dan khianat terhadap rumahtangga. Anak durhaka ibu ayah bertambah dengan bertambahnya budaya kecantikan. Ramai pula wanita dirogol, jual maruah diri dengan harga murah, mengandung anak luar nikah dan akhirnya buang anak sana sini. Padahal, masyarakat sudah ramai orang cantik.
Apa guna cantik wajah kalau hati masih buruk jua?
No comments:
Post a Comment