Kalau sayang sangat duit untuk didermakan ke jalan Allah, satu saat Allah akan tarik juga duit yang disayangi itu. Allah ada seribu satu cara menarik harta yang dikedekuti itu. Ketika datang seruan anda menginfaqkan sebahagian kecil daripada pendapatan yang anda dapat, lalu anda mendiamkan diri atau tidak menyahut seruan itu dengan cara wajar, yakinlah bahawa anda akan kehilangan sejumlah harta anda. Anda akan menanggung kerugian.
"Ceh, hari ni ke saman pulak!", keluh seseorang.
Bukankah minggu lepas telah sampai kepadamu kad infaq tetapi kamu tidak membalasnya. Anggaplah saman itu sebagai kifarat buatmu. Mujur sahaja samanmu bari RM300.00. Kad infaq baru bernilai RM50.00. Kalau ikut hukum asal, anda infaq RM50.00 akan digandakan Allah sebanyak 700 kali ganda. RM50.00 digandakan 700, jika dinilai dengan matawang, jadilah RM3500. Sudah cukup buatmu kerana Allah tidak menarik sebanyak RM3500 akibat keingkaranmu.
Tapi, cara Allah sangat seni. Bukan satu jalan Allah menarik harta yang kau kikirkan. Kereta rosak, melayang pula beberapa ratus. Tiba-tiba hp mahal pulak hilang. Kemudian, bil air atau api bulan ini tiba-tiba melambung. Servis internet pula terputus sedang bayaran bulanan tetap kena bayar.Anak sakit kena bawa ke klinik. Bayar bil ubat pula beberapa puluh. Semua ini adalah sebahagian cara Allah yang boleh dimuhasabahkan apakah ia merupakan akibat daripada keengkaran kamu menginfaqkan harta apabila dituntut.
Allah tidak menzalimi kita tetapi kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri!
No comments:
Post a Comment