CARI BAHAN

Saturday, September 11, 2010

Mengapa cari telekung?

Seorang wanita singgah di sebuah masjid waktu asar.Pakaiannya baju kurung dengan tudung scarf. Bersandal tanpa stoking. Gayanya sederhana, sesuai dengan wanita dalam usia setengah baya. Mungkin dan dalam misi berhari raya di rumah saudara mara atau sahabat handai.

Kepada beberapa orang yang ada di masjid, dia bertanya sama ada disediakan atau tidak kain telekung untuk solat. Apabila jawapan yang diberikan mengatakan bahawa kain telekung tidak disediakan, dia merugut. Katanya, masjid apa tidak sediakan kain telekung untuk wanita.

Demikianlah sebahagian wanita tidak memahami makna solat. Pada fikirannya, bila hendak solat perlu pakai telakung. Dalam aktiviti kehidupan seharian, dia ke sana ke mari dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Tetapi, bila hendka solat, disarungkan telekung. Aurat semasa solat tidak sama dengan aurat dalam solat. Malah, lebih menghairankan lagi, ada sesetengah wanita yang pakaiannya jelas mendedahkan aurat. Bila singgah di masjid cari telekung dan sarungkan ke badan untuk solat. Kekadang dalam handbegnya ada dibawa telekung. Bila selesai solat, telekung pun ditanggalkan. Dia kembali berjalan di atas muka bumi mendedahkan aurat.

Kalau berpakaian, biarlah pakaian yang menutup aurat. Kalau rasa tak boleh solat dengan pakaian yang dipakai itu, itu ertinya pakaiannya itu tidak menutup aurat sebnagaimana yang dikehendaki syarak. Pakaian menutup aurat bukan hanya dalam solat. Ia hendaklah dipakai ketika keluar rumah.

Kalaulah semua wanita berpakaian menutup aurat, tak ada istilah telekung. Pakaian sedia ada di tubuh, itulah yang dipakai masa solat. Wanita perlu mengerti dan memahami tuntutan menutup aurat. Jangan jadi double standard. Islam itu lestari. Islam bukan bengkang bengkok. Islam bukan hipokrit. Islam itu, sebagaimana dikata itulah dalam hati. Sebagaimana terbit pada amalan, itulah terpasak dalam sanubari.


No comments: