Baguslah, 40 orang warga emas memulangkan kembali wang RM100.00 yang didakwa sebagai wang haram kerana daimbil daripada sumbangan wang judi. Pemulangan tersebut dibuat kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga Adun Penanga. Wang tersebut, menurutnya akan dipulangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sifat tidak suka makan wang haram memang baik dan mulia. Ia patut menjadi amalan dan budaya semua orang Islam. Mana-mana wang yang datangd ari sumber haram kita perlu tolak dan kalau sudah termakan, hendaklah segera bertaubat. Sesudah bertaubat, wang tersebut hendaklah dikembalikan.
Wang haram bukan semata-mata datang daripada sumber perjudian. Wang haram datang daripada pelbagai cara. Menteri-menteri UMNO, YB mereka, ketua-ketua perhubungan, ketua-ketua bahagian, cawangan sehinggalah kepada JKK, sering dapat projek maupun peruntukan kerajaan. Perkara ini telah termaklum. Rakyat bukan lagi buta terhadap perbuatan songlap duit peruntukan pembangunan untuk rakyat. Kalau sesuatu projek harganya RM100 ribu, yang sampai ke peringkat perlaksanaan tak sampai RM50 ribu. Lebih RM50 ribu lagi masuk ke dalam poket mereka yang tersebut itu. Inilah amalan yang sering dilakukan.
Wang itu bukan halal. Wang tersebut adalahg wang haram yang diperolehi daripada khianat dan pecah amanah. Belum lagi dihitung wangg yang diperolehi daripada sumber rasuah!
Sebab itu, bila pemimpin UMNO bercakap pasal duit haram dan warga emas perlu pulangkan, aku raas macam nak ketawa. Mereka jadi kaya dengan wang haram tetapi RM100 yang warga emas dapat itu dikempen pulangkan. Mereka tak jadi kaya pun dengan RM100 itu. Bila pula pemimpin-pemimpin UMNO nak pulangkan wang rakyat?
Mungkin, setelah warga emas itu pulangkan RM100, mereka janji akan gantikan dengan RM200.00 "wang halal" yang mereka ada. Tetapi, apakah benar wang yang mereka ada itu halal? Dari sumber mana mereka dapat?
Warga emas yang naif, lari dari makan biawak termakan babi. Kasihan...
Orang dah tegaskan bahawa wang sumber judi yang disumbangkan kerajaan negeri Pulau Pinang itu adalah halal. Mana wakil UMNO yang berani bangun berhujah mengatakan ia haram? Mana sang mufti yang selama ini menjadi jurubicara UMNO?
No comments:
Post a Comment