CARI BAHAN

Saturday, September 04, 2010

Tiada wakil langit dalam Islam

Orang Islam bukan macam kristian Katholik. Mereka ada pope yang bertahta di Vetican untuk ditaqdiskan. Setelah Rasulullah, tiada sesiapa yang boleh dimaksumkan. Selain Allah dan Rasulullah boleh ditolak perkataannya. Sebab itu, di seantero dunia, tiada seorang pun manusia muslim yang diberikan kepercayaan mewakili suara Tuhan. 

Ulama Islam ada di mana-mana. Namun, seseorang ulama yang diterima dan dianggap hebat oleh orang Islam di sesuatu tempat atau sesuatu negeri, belum tentu dia diterima dan dianggap hebat oleh orang Islam di tempat lain. Barangkali, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili adalah dua tokoh ilmuan Islam yang cukup dikenali dan disanjung pada zaman ini. Namun, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tidak punya tempat di negeri Mesir dan bersuaka politik di Qatar sementara  Dr. Wahbah Zuhaili pula berdepan dengan pelbagai kritikan.

Islam hanya bergantung kepada dua sumbernya yang tak boleh dipertikaikan iaitu Al-Quran dan Hadis. 
 

No comments: