CARI BAHAN

Thursday, September 16, 2010

Ilmu putih dan ilmu hitam.

Islam adalah agama yang berpijak di alam nyata. Islam selari dengan akal dan logik manusia. Apabila Islam menceritakan sesuatu, ia boleh diterangkan dengan hujah-hujah logik akal. Justeru, percubaan orang-orang tertentu mengaitkan Islam dengan amalan mistik perlu diragui dan dipersoalkan.

Kononnya, ada ilmu tertentu yang dikaitkan dengan orang-orang soleh yang tercatat dalam sejarah sebagai pengembang Islam. Wali Songo misalnya, dikaitkan dengan ilmu kebatinan yang diistilahkan ilmu putih. Terdapat seni jurus mempertahankan diri yang dipanggil sebagai Wali Suci dan Nasrul Haq. Ia menggunakan mantera-mantera daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Hasilnya, dapat melahirkan pukulan jarak jauh.

Sebenarnya Islam berlepas diri daripada semua itu. Ukuran kita adalah Al-Quran dan hadis nabi. Tidak tercatat dalam sirah Rasulullah SAW bahawa nabi mempunyai dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut. Ia adalah ilmu luar biasa yang menyerupai sihir. Tidak mungkin mukjiazat, maunah, atau karamah. Ia adalah sihir sekalipun menggunakan ayat-ayat Quran sebagai manteranya.

Apa yang diistilahkan ilmu putih sebagai lawan ilmu hitam itu, sebenarnya cuma istilah. Akar dan puncanya sama. Sihir. Kedua-dua ilmu itu memerlukan makhluk sokongan dari kalangan jin.

1 comment:

Tok Wan Gila said...

salam bang... sya bkn pandai bang.. nk tanya je... apa maksud berzikirlah hingga badan berzikir dan roh berzikir... xfaham la..huhuhuhu