Sempena hari Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Abd Razak datang ke Sandakan, Sabah. Sambutan hari Malaysia telah diadakan dan serentak dengan itu juga diadakan program UMNO Juara Rakyat. Untuk meramaikan kehadiran pada hari ini, jamuan hari raya diadakan bersama. Bimbang, tak ramai yang hadir, Kementerian Pelajaran telah bertindak menjadi jentera meramaikan peserta dengan menghantar surat arahan ke sekolah memerintahkan 10 orang guru dihantar dari setiap sekolah.
Semalam, Pakatan Rakyat mengadakan jamuan makan malam di Kota Kinabalu. Tiket-tiket telah dijual dengan harga RM30.00 setiap satu. Hadir ke program tersbut ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ust Nasharuddin Md Isa, Lim Kit Siang serta beberapa tokoh pemimpin Pakatan Rakyat lokal. Sungguhpun kehadiran perlu dibayar, orang ramai datang berduyun-duyun. Jumlah yang hadir dianggarkan lebih dari seribu. Sudahlah perlu bayar, dikutip pula derma.
Rakyat yang datang ke program Perdana Menteri diarah, dipaksa dan diumpankan dengan makanan. Itupun ramai yang tidak hadir. Yang hadir itu, mungkin kebanyakannya golongan pendatang yang mempunyai IC yang menghuni bangunan-bangunan usang di bandar Sandakan.
Ironinya, mereka yang hadir ke program Pakatan Rakyat itu tidak ditawarkan apa-apa, malah ditarik wnag dari poket mereka. Mereka masih berghairah untuk hadir juga.
No comments:
Post a Comment