CARI BAHAN

Thursday, September 09, 2010

Khilaf matla' bukan punca perpecahan

Tahun ini, Hari Raya Idul Fitri  di Malaysia jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh hari raya di Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab. Beberapa kali tahun-tahun sebelum ini, tarikh hari raya di Malaysia tidak sama dengan tarikh hari raya di negera-negara Arab. Perbezaan ini telah menyebutkan beberapa pihak mempertikaikannya. Negara-negara Islam tidak bersatu dalam soal penetuan tarikh hari raya, bagaimana hendak bersatu dalam soa-soal yang lain pula. Lalu, dikatakan itulah sebabnya kenapa sampai sekarang negara umat Islam hidup secara sendiri-sediri dalam batas geografi sendiri. 

Itulah yang dikehendaki musuh-musuh Islam. Mereka tidak suka melihat negara umat Islam bersatu dalam bentuk sekecil apapun. Persatuan negara-negara umat Islam mengundang bahaya dan mala petaka buat mereka. Apatah lagi kalau persatuan tersebut dari segi politik yang membawa kepada terbentuknya "Negara Khilafah".

Sahabat-sahabat dari Hizbut Tahrir sering mempersoalkan mengenai penentuan tarikh hari raya yang berbeza ini. Dalam zaman canggih ini, seharusnya penyatuan tarikh hari raya menjadi mudah.

Aku tidak berapa setuju soal penyatuan seperti ini. Walaupun nampak ideal sekali idea penyatuan tarikh hari raya itu, tetapi bukanlah itu yang diajarkan sunnah. Di zaman nabi SAW pun terdapat kes berbeza menyambut 1 Syawal beberapa qaryah yang jauh dari Madinah. Nabi menyuruh kita tentukan tarikh awal Ramadhan dan tarikh 1 Syawal berdasarkan ru'yah. Apabila disebut ru'yah, ia berhubungkait dengan matla' iaitu tempat terbitnya bulan. Seluruh dunia bukan memiliki matla' yang sama.

Perbezaan dari segi tarikh hari raya bukan petanda perpecahan ummat. Ia sebagaimana perbezaan mazhab dalam Islam, bukan lambang perpecahan. Ia merupakan rahmat buat ummat. Sebab perpecahan ummat adalah kerana kejahilan ummat dan meninggalkan panduan Al-Quran dan Hadis.

Berjuang untuk mengembalikan ummat ini kepada Al-Quran dan Hadis, Insya Allah selesailah masalah perpecahan berselirat ini!

No comments: