Untuk menyambut Hari Malaysia dengan hidangan konsert penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, kerajaan negeri Pulau Pinang membayar RM60,000.00 kepada Siti Nurhaliza Production. Walau bagaimanapun, konsert yang dijadualkan pada 16 September tersebut dibatalkan kerana penyanyi tersebut telah dinasihatkan oleh dokter sakit puan yang merawatnya agar tidak membuat sebarang perjalanan atau terlibat dalam aktiviti fizikal ketika dalam proses rawatan.
Wallahu a'lam. Sebelum ini penyanyi tersebut banyak membuat persembahan dalam program-program anjuran kerajaan. Mungkin, oleh kerana program ini anjuran kerajaan PR di Pulau Pinang, ada pihak yang mahu beliau menarik diri dengan menggunakan alasan sakit puan. Kalau tahu sakit puan, kenapa diterima jemputan tersebut pada mulanya. Apakah sakit puan itu baru muncul setelah tawaran persembahan diterima. Ini cuma sebuah andaian. Mungkin dia bertul-betul sakit.
Aku tak minat Siti Nurhaliza dan nyanyiannya. Biarlah dibatalkan pun. Bukan rugi apa-apa. Kalau buat pun, bukan aku menontonnya.
Cuma, dari kejadian itu, kita mendapat tahu bahawa untuk sebuah persembahan penyanyi tersebut, ia memerlukan kos deposit sebanyak RM60,000.00. Itu dari kerajaan Pulau Pinang yang kita tahu mengamalkan budaya berjimat cermat. Bagaimana kalau oleh kerajaan lain. Bayangkan, kalau seorang penceramah atau motivator terkenal yang dijemput untuk menyampaikan ceramah atau motivasi beliau sempena Hari Malaysia tersebut, apakah bayarannya mencapai angka tersebut.
Harga hiburan nyanyian itu dirafakkan setinggi itu, tetapi harga ilmu dan semangat direndahkan nilai.
Menurut Lim Guang Eng, bayaran deposit itu akan dipulangkan oleh syarikat Siti Nurhaliza Production bersama kos-kos lain. Rakyat diberitahu hal ini. Rakyat memang berhak tahu. Rakyat tidak mahu wang negeri dibazirkan tanpa hasil dan pulangan sebagai kerajaan persekutuan bazirkan wang rakyat membayar pampasan jambatan bengkok menghubungkan Johor-Singapura sebanyak RM200 juta.
No comments:
Post a Comment