CARI BAHAN

Friday, September 03, 2010

Buat apa ziarah kubur di hari raya?

Ziarah kubur hukumnya sunnat. Ia menjadi amalan nabi SAW. Pada satu waktu nabi pernah melarang amalan menziarahi kubur kerana ia menjadi medan perbuatan syirik. Namun, larangan itu kemudian digugurkan mamandangkan manfaatnya lebih besar iaitu mengingatkan kita kepada mata. Amalan ziarah kubur yang nabi lakukan tidak tertentu masanya. Beberapa riwayat menybutkan nabi suka selalu menziarahi kubur pada hari jumuat. Ada juga riwayat menyebutkan nabi ziarah kubur selepas solat Subuh, selepas solat Asar dan kadang-kadang di malam hari.

Sempena hari raya yang bakal tiba, kita akan melihat fenomeno ziarh kubur di hara raya dilakukan dengan begitu meluas di kalangan ummat Islam. Amalan ziarah kubur pada hari raya tidak mempunyai keutamaan apa-apa dalam Islam. Menjadikan hari raya sebagai hari menziarahi kubur sebenarnya bertentangan dengan konsep hari raya itu sendiri. Pada hari raya puasa, kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kemenangan kita melawan godaan hawa nafsu. Hari itu bukan hari bersedih atau meratap ketiadaan mereka yang telah mendahuli kita. 

Dah bertahun aku berhari raya tanpa menzirahi kubur. Salah satu sebabnya kerana aku berhari raya di perantaun. Namun, sebab sebenarnya ialah aku tidak mendapati wujudnya galakan sunnah untuk menziarahi kubur hanya di hari raya. Saat aku pulang ke kampung dan berkesempatan berhari raya haji di sana beberapa kali beberapa tahun terakhir ini, aku tak pernah ziarah kubur di hari raya itu. Tetapi aku sering ziarah kubur bapaku pada saat yang aku sukai. Kekadang jam 12 malam aku bawa anak saudaraku ziarah kubur. Kecut perut dia dibuatnya. Aku tak takut. Apa nak takut? Belum pernah ada hantu kubur bangkit di kampungku. Dalam filem dan drama banyak la. Itu dongeng pembikin filem.

No comments: