"Assalamualaikum...dan salam satu Malaysia!", demikianlah ucapan salam bentuk baru yang mucul zaman pemerintahan DS Najib Tun Razak. Ia mula diucapkan bila kensep Satu Malaysia diperkenalkannya. Biasanya yang mengucapkan salam bentuk baru ini adalah pemimpin-pemimpin kerajaan ketika berucap dan cara ucapan tersebut kemudian dimakmumkan pula oleh ramai yang lain. Ketika guru-guru tertentu berucap kepada murid-murid mereka, ucapan salam Satu Malaysia menjadi ucapan yang digemari.
Sungguh bid'ah ucapan itu!
Tidak cukupkah dengan ucapan "Assalamualaikum...", sebagai tahiyyat kita semua kepada orang lain. Ucapan itulah yang nabi ajar. Ucapan itu jugalah yang Allah sebutkan dalam Al-Quran!
Aku, apanila memberi salam ketika berucap, tak kira walaupun ada yang bukan Islam di kalangan pendengar ucapanku, aku melafazkan perkataan "assalamualaikum" sahaja. Ucapan itu sudah memadai. Kalau nak lebih sempurna, tambahkan "warahmatullahi wabarakatuh".
Pada zaman nabi, orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi dan orang-orang Islam dengan ucapan menghina iaitu "As samu alaikum" yang bermaksud mati atau binasa atas kamu. Nabi membalas "wa'alaikum". Tapi ada tok-tok lebai kampung waktu aku belajar di sekolah agama dulu mengajarkan bahawa ucapan kepada orang kafir ialah "as samu alaikum". Kalau diandaikan orang kafir pandai mengucapkan salam kepada kita, disuruh jawab "wa alaikumus sam". Sungguh buruk akhlak muslim yang diajar. Orang mengucapkan kata-kata baik, kita membalas kata-kata nista. Orang memberi makanan kita membalas dengan najis.
Alangkah mulia menjadi muslim yang boleh berperangai seperti poko buahan. Orang membaling kayu, buah yang gugur!
Sebenarnya, tiada dalil muktamad melarang kita menjawab salam orang kafir. Aku melihat Dr. Zakir Naik, seorang pendakwah perbandingan agama yang hebat masa kini, sering mengucapkan "assalamualaikum...", kepada khalayak yang mendengar ucapannya sedangkan khalayat tersebut pelbagai agama. Dia berjaya menampilkan wajah dakwah yang menarik hari ramai bukan Islam. Berapa ramai yang bukan Islam menjadi Islam di tangannya!
Berapa ramai pula yang kononnya mempertahankan Islam, dapat mengislamkan orang bukan Islam? Mereka yang berkata salam hanya khusus buat orang Islam, masjid itu eksklusif untuk orang Islam, orang kafir tak layak didoakan, nama Allah hanya khas buat orang Islam dan banyak lagi isu-isu prerogatif Islam yang diperjuangkan, berapa ramai bukan Islam takluk dan menjadi muslim di tangan mereka?
Islam yang Allah turunkan bukan hak segolongan. Islam adalah hak sekelian manusia yang yang berlapang dada menerima hidayah. Malah Islam adalah rahmat buat sekalian alam.
Justeru, memadailah dengan ucapan Asalamualaikum. Salam sejahtera? Itu terjemahan kepada ucapan assalamualaikum. Kebijakan apa mengalihbahasa kata-kata yang telah masyhur dan dikenal orang?
Sekian, assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment