CARI BAHAN

Sunday, September 05, 2010

Antara Mu'awiyah dan Ali

Kalangan yang dahulunya cuma pejuang-pejuang serabai, makan dan tidur di tempat yang sama, ke lurah berlumpur sanggup diterjuni dan ke bukit curam sanggup merangkak mendaki, kini, setelah Allah berikan sekelumit nikmat kekuasaan, dia berubah dan menampilkan perwatakan elit, sungguhlah dia telah terpedaya dengan dunia yang dipinjamkan kepadanya.

Manakan sama kehidupan pengembang agama dengan pengembang niaga? Pengembang agama, tidak perlu mempamerkan dunia sebagai medium dakwahnya. Tetapi, pengembang niaga, memang perlu mempamerkan dunianya agar pelanggannya yakin dan terpesona.

Sekarang sudah berada di puncak kuasa. Saat ini perlu pamerkan dunia agar musuh merasa haibahnya kita. Dengan sebab musuh merasa haibahnya kita, rasa hormat mereka akan bertambah buat kita. Apakah kita mahu dilihat pembela agama yang serabai selamanya? Inilah sekelumit alasan yang sering disandarkan oleh mereka yang mengubah corak hidupnya menjadi elit setelah diberikan kuasa.

Sungguh ramai yang berlumba-lumba mahu menjadi Muawiyah. Alangkah sedikit yang tega terus menjadi Ali KW!

No comments: