CARI BAHAN

Monday, September 13, 2010

Anak raja dan ayahnya

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra yang sudah setahun terlantar sakit tidak dapat menjalankan tugasnya diberitakan telah membuat petisyen melalui peguamnya mencabar istiadat pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai sultan Kelantan yang baru. Istiadat pemasyhuran tersebut dijadualkan pada hari Jumuat ini.

Sungguh hairan melihat krisis istana Kelantan melibatkan anak beranak ini. Bukankah Tengku Muhammad Faris itu anak Tuanku Ismail Petra? Bukankah juga Tengku Muhammad Faris itu adalah pemangku Sultan Kelantan. Ertinya, lambat atau cepat dia akan jadi Sultan Kelantan. Mengapa harus gelojoh dan gopoh. Lagipun buat apa menyingkirkan ayah sendiri?

Kekadang cara hidup golongan istana ini sukar difahami. Ayah pun seperti bukan ayah. Anak pun seperti bukan anak.

Kalau dijadikan ketidakmampuan Sultan Ismail Petra mentadbir negeri kerana sakit, itu tidak boleh diterima. Pentadbiran kerajaan Kelantan berjalan seadanya. Zaman sekarang, sultan bukan mentadbir negeri lagi. Kalaupun ada beberapa bidang tertentu sultan memainkan peranan, kebanyakan negeri, termasuk Kelantan, ia dikendalikan secara kolektif oleh majlis perajaan dilantik. 

Sultan-sultan mana negeri pun bukan mentadbir negeri. Menteri Besar yang mentadbir negeri. Kalau sultan tak ada pun, negeri berjalan juga.

1 comment:

_ said...

Malang sekali ramai sungguh yang sependapat dengan saudara.

Saudara jelas amat naive, komen saudara menunjukkan saudara tidak mendalami sejarah dan latar belakang Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu dan kuasa sebenar Sultan-Sultan di negeri-negeri berkenaan.

Bertanyalah dahulu kepada orang Kelantan yang mengetahui sebelum saudara berpendapat sedemikian. Bahkan isu ini bukannya soal perebutan takhta, tetapi lebih kompleks dari itu.

Malu bertanya, sesat jalan.