Penentangan terhadap kebenaran selalu didasari oleh dua faktor. Pertamanya kerana ta'asub dengan adat warisan nenek moyang. Keduanya ialah kerana takut terancam kedudukan dalam masyarakat. Dua faktor inilah yang menjadi alasan kenapa Firaun dan elit pemerintahnya enggan menyahut seruan nabi Musa a.s. Dua faktor ini jugalah yang menyebabkan kenapa kaum Quraisy begitu susah menerima seruan nabi Muhammad SAW pada peringkat permulaan dakwah baginda.
Para du'at di mana-mana serata dunia berdepan dengan dua halangan ini. Para penganut paganisme sangat kuat berpegang kepada adat. Orang-orang Melayu Islam yang sudah beratus tahun memeluk Islam pun masih berkarat dengan beberapa adat warisan nenek moyang yang sampai kini belum dapat di padamkan oleh cahaya Islam.
Di daerah pendalaman, sebahagian besar masyarakat paganisme telah berjaya ditarik oleh misionaris kristian untuk memeluk agama kristian. Agama kristian tidak mencabar adat kebiasaan mereka. Umpamanya di Sarawak, masyarakat iban amat rapat dengan adat minum tapai sempena hari-hari perayaan kaum mereka. Kristian juga tidak menekankan soal akidah dan kesuciannya. Oleh itu, mereka boleh menganut kristian dan dalam masa yang sama meneruskan kebiasaan minum tapai mereka dan amalan paganisme mereka.
Sebaliknya, agama Islam mempunyai nilai akhlak dan akidah yang tidak cocok dengan adat budaya dan amalan paganisme tersebut. Jika pendakwah Islam cuba mengajak mereka beralih dari agama kristian yang dianut kepada agama Islam, mungkin mereka tidak keberatan untuk membuang kristian. Namun, membuang adat kebiasaan dan kepercayaan paganisme yang berbaki, amat sukar sekali. Ia telah berkarat dan sukar dikikis.
Bagi golongan yang berpengaruh dan penguasa, mereka amat bimbang jika pengaruh dan kuasa mereka tergugat. Mereka menentang Islam kerana merasakan Islam akan menyebabkan mereka hilang kuasa dan pengaruh. Sebab itu kita lihat kenapa parti pemerintah tidak mesra kepada pembangkang. Pembangkang akan dicondemn habis-habisan kerana ia mencabar pengarus dan kuasa mereka. Sekalipun parti pembangkang itu mengajak parti pemerintah untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
No comments:
Post a Comment