CARI BAHAN

Tuesday, April 16, 2024

Kaabah bukan objek kudus.

 Mengomentari tentang isu gambar Kaabah di sejadah, aku menyatakan pandanganku buat seorang teman.

Bahawa, Islam bukan seperti agama Nasrani maupun Yahudi.

Agama Nasrani mensucikan lambang salib. 

Islam tidak mensucikan lambang Kaabah.

Bahkan , Kaabah yang ada di Kota Makkah itu hanyalah sebuah Kiblat.

Pada masa-masa tertentu, petugas mendaki atas Kaabah, memijaknya untuk tujuan kebersihan dan pembaikan.Kabah bukan macam nama Allah atau potongan ayat  Quran

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

لحرمة المؤمن أعظم عند الله حرمة منك، ماله، ودمه.

" Demi Sesungguhnya, kehormatan harta dan darah seorang yang beriman itu melebihi kehormatan Kaabah".

Hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah daripada Ibn Umar dan disahehkan oleh Albani.

Perbuatan menjatuhkan maruah orang beriman itu, menghinanya, menfitnahnya serta memburuk-burukkannya, lebih dahsyat daraipada perbuatan memijak gambar Kaabah sekalipun dengan qasad menghina. Perkara ini perlu difahami dengan baik oleh orang Islam. Jangan bangkit melenting bila ada gambar kaabah di Sajadah tetapi dalam masa yang sama boleh redha apabila ada ornag Islam beriman lain yang dihina, direndahkan serta diperlecehkan.

Kes tidak mahu angkat tangan berdoa buat YDPA

 Tidak mahu berdoa untuk sesiapa, termasuk buat ibu bapa sendiri, itu pilihan masing-masing. Demikian, mengenai ketidakmahuan seorang yang baru-baru ini mengangkat tangan berdoa buat YDPA dalam Khutbah Jumaat, itu adalah pilihannnya sendiri. Tidaklah doa itu untuk faeah orang yang didoakan, tetapi untuk faedah sendiri sendiri. Satu doa yang dirafakkan, jika ikhlas, insya Allah makbul. Jika tidak ikhlas, ia jadi seperti dabu yang berhamburan.

Namun, menecritakan perbuatan sendiri tidak mahu berdoa untuk YDPA adalah mempamerkan kederhakaan kepada Ulil Amri. Sesuatu kesalahan, jika disembunyikan , ia bukan kesalahan yang perlu dihukum. Seorang yang minum arak, berzina bahkan murtad sekalipun, jika tidak diwar-warkan, maka itu adalah antaranya dengan Allah yang Maha tahu. Namun, jika didedahkan kesalahannya itu kepada khalayak, ia menjadi satu jenayah yang membawa implikasi hukum.

Maka, tindakan individu yang gatal tangan menulis pengengkarannya itu di FB adalah satu kesalahan. Tindakan mendedahkan keengkarannya itu adalah satu kebodohan yang tidka perlu dikasihani. Ramai sekali manusia media sosial dengan tindakan bodoh mereka sekarang ini. Apabila berdepan dengan kesan dari kebodohan itu, maka dirayu simpati masyarakat. Seolah-olah diri tidak berdosa dan dizalimi.

Padahal, dirinyalah yang menzalimi diri sendiri. Manusia berlaku zalim ke atas dirinya tetapi dia tidak sedar. Inilah yang berlaku atas ramai manusia.

Maka, jika pihak polis mengambil tindakan terhadap individu terbabit, ia bukan tindakan yang tidak wajar. Tidak boleh dikatakan mengongkong kebabasan. Tidak boleh disifatkan sebuah dictatorship. Ini adalah sifat siasah syariyyah.

Ingat....kejahatan jika disembunyikan, Allah sendiri tawarkan keampunan. Namun, jika mendedahkan kejahatan, itu sudah namanya Muzohirin. Para muzohirin tidak diampunkan. 

Akibat daripada sebuah tulisan, tidak boleh dilenyapkan hanya denagn menghapuskanya daripada media sosila snediri. Dunia hari ini sangat aneh. Sekelip mata apa yang kita catatkan dirakamkan orang. Kalau di sisi malaikat Raqib dan Atid, lagilah cepat dicatat. Maka, apabila ingin buat sebarang catatan, fikirlah guna akal jangan berpandukan emosi. Apa yang namanya emosi itu, adalah kebodohan. Emosi adalah sebusuk bau kentut. Kentut adalah pelepasan di dubur. Janganlah kentut dilepaskan di mulut yang diterjemakan dengan ketipan jari di keyboard.

Allahumma ya Rab.. tolong jaga kami dari kerancuan akhlak dan bicara...


Saturday, April 13, 2024

Meniti nasib Ba'lawi...

 Para Habaib di Indonesia kini tidak lagi boleh mendabik dada atas nama zuriat nabi. Tidak lagi boleh memandang rendah kepada bangsa peribumi. Tidak bol;eh lagi sesuka hati bercakap bahawa mereka berada di kasta tinggi. Kini, kalau nak cakap , hendaklah memperlihatkan tawadhuk. Jika tidak, akan memancing emosi dan amarah penduduk peribumi. 

Para Habib dipertikaikan keabsahan salasilahnya kepada nabi SAW.

Para Habib diungkit sejarah leluhur mereka di Indonesia yang dikatakan pernah menjadi antek-antek Belanda./

Makam-makam yang namanya Habaib dicurigai atas nama penipuan makam.

Habib-habib yang arrogan diela dan dan dicemuh.

Di Indonesia, hanya warga NU sahaja yang mudah dimangsai oleh para Habib dengan doktrin mereka. Waga Muhammadiyyah atau Salafiyyah tidak memandang tinggi kepada Habaib.

Seorang Kyai NU bernama Imaduddin Utsman Al-Bantani mendepani serangan-serangan ke atas para Habib. Dia tampil bersama hasil kajiannya dalam tesis yang merumuskan terputusnya nasab Ba'lawi daripada jalur keturunan nabi SAW.


Masalah pengakuan nasab ini adalah satu bentuk takalluf para pendakwanya. Allah SWT telah mewafatkan anajk-anak lelaki nabi Muhammad SAW pada usia kecil. Nabi Muhammad SAW yang hidup dalam masyarakat yang meletakkan  anak lelaki sebagai jambatan penyambung nasab tidak meninggalkan keturunan dari anak lelaki. Hanya sanya, nabi ada keturunan daripada anaknya Sayyidah Fatimah Az-Zahra yang bernikah dengan Saidina Ali .Itulah satu-satunya jambatan penghubung buat penunggang nasab untuk mempergunakannya. Sebahagiannya menjadikannya sebagai pamrih duniawi.

Agama Islam adalah satu lombong yang kaya mewah dengan kemuliaan dan harta.

Lalu, ada orang mengaku keturunan nabi dan dia dimuliakan. Diangkat menduduki kasta selevel brahmana dalam agama Hindu.

Dia dapat habuan dan limpahan harta yang disedekahkan orang. Sedangkan keturunan nabi dilarang makan harta sedekah.

Friday, April 05, 2024

Bila akal hilang fungsi.

 Orang cerdik dalam pelajaran tidak semestinya selamat daripada tipudaya para scammer. Scammer itu adalah sejenis dajjal. Mereka menipu orang yang akalnya mudah diperkotak katik.

Ada orang yang kita kenali mereka sebagai seorang terpelajar. Dulu pendidikannya mencapai universiti. Masa di sekolah, dia belajar subjek yang susah dna sukar majoriti pelajar lulus. Kalau tanya dia, belajar apa dulu. Dia kata belajar, Sains, Fizik, Kimia, Biologi , Akaun dan Matamatik Tambahan. Al-Hasil, nampaklah hebatnya dia masa zaman sekolah dan universiti.

Tapi , lepas habis universiti dan bekerja dengan kerjaya yang hebat, lain pula jadinya. Kerjanya jadi engineer, akauntan, peguam, CEO Syarikat dan macam-macam jawatan besar dan berduit. Hasil kecerdikannnya dalam pendidikan, dia dapat kerja yang bagus.  Tapi, ramai ornag yang macam ini jadi mangsa scammer.

Aa yang percaya tok bomoh.

Ada yang terpengaruh ajaran sesat bawaan Tok Ayah yang tak sekolah tinggi.

Ada yang mudah percaya dakwaan Imam Mahdi sudah nak keluar dan korbankan harta untuk menyambutnya.

Ada yang membontoti Ahli Bid'ah dalam agama dan menompang kebohongan sang ahli bid'ah itu.

Sepertinya, akal dan kebijaksanaannya yang digapai semasa zaman belajar tidak berfungsi.

Kekadang, dia ada ijazah, MA dan Doktor, tapi jadi pengikut budah lepasan pondok yang pandai sembang kempen derma infaq bina Madrasah. Atas semangat agama yang diwar-warkan, dikorbankan hartanya buat memperkaya budak pondok tadi. Banyak Madrasah yang dibina hanya jadi lubuk duit memperkaya pengusahanya.

Pernah kulihat, pengikut ajaran sesat , orang-orangnya bukan sebarangan. Orang kaya dan punya latarbelakang persekolahan yang tinggi. 

Kenapa boleh jadi begitu??

Sunday, February 11, 2024

Ragam orang berkuasa.

 Berkuasa itu ibarat sebuah kelekaan bermain air di musim panas. Kuasa melekakan. Kuasa mencuaikan wawasan. Kuasa melenakan atas alas empuk.

Sebelum mendapat kuasa, adda sederet tuntutan. Ada wewasan murni yang dimahukan. Ada perjuangan yan g dijunjung. Ada impian yang dikarang.

Allah berikan kuasa, tuntutan dilupakan. Wawasan murni diabaikan. Perjuangan ditinggalkan. Impian menjadi bertaburan!

Demikian fitnah kuasa. Perhatikan merekan yang Allah pinjamkan kuasa, apakah mereka lakukan apa yang dikata. Tidak kira siapa. Ulama atau pendeta. Cendikia atau Militia. Santri atau menteri. Semua menjadi bak kakak tua yang pernah berbicara.

Inilah mainan kata-kata. Aku tidak marah. Itu lumrah orang mengejar kuasa. Cuma, aku mahukan orang semua tidak menjadi penagih atau pemeluk setia kata-kata. Dengar sahaja dan berpada. Jangan terpesona dengan kalam mulia yang diutarakan. Bicara sang pendeta tentang kuasa, dengar dan waspada. Jangan telan semua. Bicara ulama tentang kuasa, dengar tapi jangan percaya semua. Bicara lebai berjanggut dan berserban tentang kuasa, boleh dengar tetapi hendalah pandai mencerna. 

Akal dalam kepala jangan dipajak kepada mereka. Kata-kata ahli politik adalah sebuah bayan yang mengadungi sihir. Bacalah mentera pendinding yang ditinggalkan para pujangga sepanjang zaman, insya Allah selamatlah dirimu dari terpesona. Adalah benteng yang akan menahan dirimu dari karam.

Kemarin kau dengar, ada orang melaungkan hukum Allah agar ditegakkan. Tika meraih kuasa kuasa, leka bermain dengan isu jawatan dan ekonomi yang mahu diperkasa. Hukum Allah diketepikan buat sementara katanya. Hingga masa bersedia untuknya. 

Kemarin kau dengar ada orang laungkan reformasi. Tika meraih kuasa, reformasi tidak terlaksana sempurna. Kekangan dan pelanggaran dilakukan depan mata. Memang payah melaksanakan kata-kata. Kata-kata ringan seringan getaran lidah!

Kuasa menghilangkan zuhud. Dulu masa belum ada kuasa, berbangga dengan kereta biasa. Saat kuasa ditangan, kelihatannya mula mengenderai kereta berjenama. Bukan guna duit pusaka keluarga atau usaha sendiri. Duit rakyat yang dirompak dan dilegalkan.

Banyak sudah contoh dalam putaran zaman tentang rebahnya para ulama depan kemilau kuasa. Contoh pun banyak orang miskin jadi kejam berdarah dingin setelah meraih kuasa. Namun, sedemikian banyak contph dalam potret sejarah, tetap ada ornag yang menjilat para penguasa dan lupa bahawa penguasa itu adalah kerikil bersambung sebuah permainan kuasa dalam dunia.

Friday, February 09, 2024

Pengampunan DS Najib mencabar reformasi?

 BERSIH mahu demo di jalan raya membantah keputusan pengampunan DS Najib. YDPA telah membuat keputusan mengampunkan DS Najib dari penjara 12 tahun menjaid 6 tahun. Denda 100 juta jadi 50 juta. Ada prasangka bahawa kerajaan sekarang yang bertanggungjawab atas pengurangan tempoh dan kadar hukuman yang sedang dijalani DS  Najib. Namun, sumber dari pihak pembelaan DS Najib mendedahklan bahawa Lembaga Pengampunan telah menasihatkan YDPA untuk tidak mengampunkan DS Najib. Namun, YDPA yang lepas, atas pertimbangannya, memutuskan pengampunan separuh.

Ngo yang bernama BERSIH mempersoalkan kerajaan yang dipimpin DS Anwar Ibrahim mengenai reformasinya. Keputusan pengampunan DS Najib tersebut adalah satu keputusan yang melemahkan reformasi. Seterusnya , suara-suara agar kerajaan MADANI melaksanakan reformasi menyeluruh pun mula dibeberkan. 

Perjuangan 20 tahun jadi sia-sia setelah menjadi kerajaan! Demikian kata-kata sinis yang diluahkan.

Persoalannya, reformasi menyeluruh yang bagaimana pihak BERSIH dan seangkatan dengannya yang mahukan?

Bangkit membantah keputusan prerogatif YDPA itu membawa kepada kepada menentahng YDPA. Apakah reformasi menyeluruh yang diimpikan oleh kumpulan BERSIH itu termasuk memansuhkna institusi YDPA?

Rasanya, tidak musthil idea tersebut ada dalam kerangka reformasi versi kumpulan tersebut. Ia disebutkan secara tidak langsung oleh beberapa anasir liberal dalam negara. Mereka cuba memanipulasi dan ambil kesempuatan perjuangan reformasi dengan membawa pemikiran ekstrim dalam merubah sistem.

Islah atau reformasi ada sisi baik dan buruknya. Ia bukan satu inqilab yang bakal menimbulkan huru hara dalam negara. Ia perlu diuruskan dengan cermat dan mengikut aulawiyyatnya. Para sufaha yang cuba menggunakan istilah reformasi, jarang memikirkan akibat daripada kemahuan keterlaluan mereka itu. Tekad politik hendaklah disertai dengan kebijaksanaan dan kesabaran.

Saturday, December 23, 2023

Ashabul Kahfi beragama kristian?

Istilah Kristian itu dalam bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Arab disebut Masihi. Lebih awal daripada istilah Masihi, ialah istilah Nasrani. Penggunaan istilah berkembang mengikut zaman. Pada satu masa, istilah memberi sesuatu makna dan makna itu kemduiannya berubah berikutan peredaran zaman. 

Dulu, masa zaman Abu Bakar As-Siddiq, pemimpin kaum Muslimin disebut Khalifatuirrasul. Databf zaman Umar Al-Khattab, ia dipanggil Amirulmukminin. Kemudian, muncul raja-raja kalangan kaum Muslimin yang dinamakan dengan pelbagai nama. Ada nama Syah, Sultan, Amir dan sebagainya. 

Pendeknya istilah tidak statik dan setiap istilah hendaklah difahamkan mengikut konteks masa, tempat, kelompok dan lain-lain perkara yang mempengaruhi pemahaman maknanya.

Lalu, jika kenyataan PMX bahawa Ashabul Kahfi bergama Kristian difgahami dalam konteks zaman mereka, ia tidak akan menjadi persoalan dan tidak akan dipolimikkan.Orang-orang zaman itu menisbahkan diri mereka sebagai Nasara. Nasara ketika itu adalah agama tauhid ketimbang agama wasani yang merata di mana-mana. 

Tatkala Ashabul Kahfi lari meninggalkan negeri raja yang berkuasa adalah seorang kafir yang menyembah berhala. Dia malah memaksa rakyat mengikut anutannya. Lalu Ashabul Kahfi lari dan masuk ek dalam gua. Berlaku keajaiban dan mereka ditidurkan selama 309 tahun. Bila salah seornag mereka keluar, dia mendapati agama panutan raja rakyat negeri yang dulunya mereka huni telah berubah.  Ada kalangan Mufassirin menyebutkan bahawa agama nabi Isa yang mengusai. Jika demikian , mereka adalah Nasara. Dengan istilah lain untuk kefahaman dewasa ini, mereka adalah Kristian. Kristian dan Nasara merujuk kepada kelompok yang sama di masa ini. Sungguhpun ada perbezaan teologi antara keduanya.Itu bukan persoalannya. Soalnya adalah istilah.

Maka, ada yang menyerang PMX dengan mengatakan dia mengkafirkan Ashabul Kahfi. Hal tersebut tidak diucapkan olehnya tetapi ia adalah tafsiran dan pemahaman orang yang meyerang itu Cara berfikir sedemikian adalah tidak bertanggunjawab. 

Jika ada orang berkata saya tidak makan sotong dan udang, maka dia pun dituduh bermazhab Hanafi. Apakah betul cara rumusan sedemikian. Mungkin dia tidak makan disebabkan faktor lain selain pegangan mazhab.

Kita hendaklah bersangka baik untuk perkataan ornag Islam yang lain. Kita perlu mendidik hati kita bahawa ilmu kita ada kekurangan dan apa yang ornag lain sebut mungkin betul Jangan terlalu ujub dan takbur dengan pengetahuan sendiri. Kita rasakita serba tahu, sedangkan ornag lain pun tahu juga. 

Kelak, di belakang hari, kita akan malu sendiri apabila sedanr bahawa hujahan dan ilmu kita hanyalah qitmir!

Maka kenyataan Ashabul Kahfi bergama kristian hendaklah difahami dalam kontes peristiwa zaman tersebut. Cerita zaman purbakala difahami dalam kontekls zaman moden, tentulah salah caranya!


Friday, December 22, 2023

Sekadar renungan-Untuk apa hidup?

 Orang yang berusia 81 tahun tapi berdepan dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan dana awam, merupakan satu bencana hidup buatnya. Dari segi umur, tidak banyak lagu usia yang berbaki. Telah banyak pula usia yang dihabiskan untuk dunia. Selepas nyawa dicabit malaikat maut, tiada lagi faedahnya segala dunia yang dibangunkan.

Namun, manusia itu hidup dan mati atas apa jalan yang dia rintis dalam kehidupan. Sedikit sekali mereka yang mendapat kesudahan berbeza daripada jalan hidup semasa bernafas. Rahmat Tuhan sahaja yang membezakannya..

Lebih menakjubkan, insan menjangjkau 100 tahun tetapi masih kuat bergelut masalah perebutan kuasa dan senketa politik.

Demikian...aku rasa, ia bukan jalan hidup yang kuimpikan. 

Aku ingin hidup berbuat baik dan meninggal dalam keadaan tenang tentang perhitungan akhirat. Bagaimana? Apa caranya. Itu yang aku inginkan. Aku tidak punya hasrat untuk jadi maha kaya, maha mahsyur dan disanjunag.

Semua itu fana....fana ...

Semua itu falasi impian yang pasti sirna....