CARI BAHAN

Monday, October 21, 2024

Kepelbagaian di bawah peribadi seseorang

 Tatkala TG HJ hadi berpadangan dalam Politik, ada orang yang tidak boleh terima pandangannya. Tatkala beliau berpandangan dalam agama, kekadang pihak yang menolak pandangan politiknya boleh menrima. Lalu timbul kata-kata. TG Hj. Hadi kalau dalam mazhab politik saya tak ikut jalan dia, tetapi dalam mazhab Agama, saya mengakui kealimannya.

Sebaliknya pula ada yang menerima segala kerancuan pandangan politiknya , apabila beliau bercakap soal agama, memberi pandangan dan lontaran , dikatakan TG Haji Hadi itu terpengaruh dengan Wahabi.  Kekadang, ada pula yang menyifatkannya tamayyul. Dia terpengaruh dengan taqiyyah Syiah.

Sebahahagian orang demikian adanya. 

Dalam isu terbaru, mengenai RUU Mufti Wilayah yang intinya menekankan eksklusif definisi Ahli Sunnah kepada Mazhab Feqah yang 4 sahaja iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali serta Mazhab Aqidah kepada dua sahaja iaitu Asha'irah dan Maturidiyyah sementara Mazhab Tasawwuf hanya Abu Junaid dan Imam Ghazalai sahaja, TG. Hj. hadi berpandangan menyanggahnya. Lalu, pihak yang menanggapi sikap Tg Haji Hadi itu bersimpang siur pula.

Kata sesetengah orang, dalam bab ini dia tak sokong TG Haji Hadi. Sementelah dia adalah penyokong tegar Tg Haji Hadi dalam Politik.

Manusia muncul dengan pelbagai kecenderungannya. Melihat kepada sokongan dan penentangan Hj. Hadi terhadap isu agama atau politik , pun sudah memunculkan perlbagai kelompok, cuba bayangkan peribadi dan tokoh yang lebih hebat daripada dia dalam bidang masing-masing. Alangkah rencam manusia. Manusia berkhilaf dalam kepelbagaian.

Allah menciptakan manusia dengan rencam yang pelbagai itu.

Lalu...bagaimaman boleh timbul idea dari kelompok Mufti Wilayah hendak memaksakan ummat Islam di bumi Malaysia ini agar menyatu di bawah satu garis yang diciptakan Bukan garis lebar sebagaimana wahyu Allah buat manusia. Ia garis sempit dan menjarum di hujungnya, hasil pemikiran mansuia.

No comments: