Takbir Mursal adalah takbir hari raya yang dilakukan ketika berkumpul di mana-mana sama ada di masjid, musollah, rumah, kedai kopi atau sewaktu berjalan di jalan raya. Ia dilakukan tidak menyusul solat maktubah sebagaimana takbir yang dinamakan takbir muqayyad. Takbir Mursal dilakukan semasa menyambut Idul Fitri. Oleh sebab itu, selepas solat maktubah, kita tidak disunatkan bertakbir kerana takbir Idul Fitri adalah takbir Mursal.
Waktu bermulanya takbir Mursal adalah sejak jatuh matuhari hari akhir Ramadhan Solat Hari raya didirikan. Apabila solat hari raya dimulakan, tamatlah sudah waktu untuk bertakbir.
Sesetengah menamakan takbir mursal sebagai takbir mutlaq.
No comments:
Post a Comment