Sebuah gereja iaitu The Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat, merancang untuk mengadakan acara membakar naskhah Al-Quran pada tanggal 11 September nanti. Rancangan tersebut dikatakan sebagai peringatan terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh Islam. Ini kerana, peristiwa 11 September 2001 memperlihatkan bagaimana runtuhnya WTC di New York, Amerika Syarikat dan Islam telah dinista sebagai agama yang menyuburkan keganasan oleh pemimpin negara Amerika Syarikat sejak peristiwa itu.
Perbuatan membakar Al-Quran, jika dilakukan secara tersembunyi, tidaklah menimbulkan apa-apa masalah. Berapa banyak Al-Quran yang dibakar di seluruh dunia? Tetapi, selagi perbuatan membakar itu tidak dipromosikan dan dilihat sebagai menghina Al-Quran, ummat Islam tidak akan marah dan tidak mempedulikannya.
Beberapa naskhah Al-Quran yang rosak dan menyukarkan penjagaannya, telah dibakar oleh jawatankuasa masjid kampungku beberapa tahun yang lalu. Abunya dihanyutkan ke sungai.Tidak ada sesiapa membantah. Ini kerana ia bukan bertujuan menghina.
Kalau menghina, Al-Quran dijunjung pun orang Islam akan marah!
Tapi...apakah itu bermakna umat Islam menghargai Al-Quran??
Tapi...apakah itu bermakna umat Islam menghargai Al-Quran??
No comments:
Post a Comment