CARI BAHAN

Sunday, September 05, 2010

Buaya di bawah riak

Akhir-akhir ini kita lihat pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia yang diperintah oleh UMNO-BN untuk meraih kembali sokongan rakyat.  Sekadar menyenarikan beberapa contoh yang memperlihat bagaimana isu tersebut sebenarnya mempunyai muslihat political mileage daripada pihak kerajaan UMNO-BN:

a) Isu penghinaan terhadap raja Melayu dan UMNO tampil membelanya adalah satu taktik untuk memulangkan sokongan Melayu kepada parti tersebut. 

b) Isu DEB yang merupakan cubaan memalitkan kebencian orang Melayu kepada kerajaan PR yang mentadbir Pulau Pinang. 

c) Isu kalimah Allah di mana UMNO main tarik tali melihat mood rakyat. Sikap PAS yang terbuka dalam hal ini dilebelkan sebagai kelecehan PAS dalam membela agama.

d) Isu Kerajaan perpaduan yang tak kunjung habis.  Kerajaan UMNO-BN menampilkan watak protogonis  patriotik berjiwa besar yang mahu bersatu demi keutuhan Melayu dan Islam.

e)) Isu-isu lain melibatkan peniaga-peniaga haram Melayu yang dikatakan teraniaya di bawa pentadbiran KM Pulau Pinang Lim Guang Eng. 

f) Seterusnya isu FELDA yang diolah agar orang Melayu melihatnya sebagai penghinaan kepada pusaka warisan Melayu. 

g) Isu desakan Dewan Perniagaan Cina yang menuntut supaya Kouta 30 peratus bumiputera dalam sektor ekonomi dikurangkan. Isu agama juga dimanipulasi untuk menarik sokongan rakyat. 

h) Isu doa untuk Lim Guang Eng dalam khutbah jumuat diolah media sebagai penyelewengan PR dan perlunya rakyat bernaung di bawah UMNO yang membela Sultan. 

i) Isu orang bukan Islam yang masuk ke masjid.

Kini heboh pula pasal rakyat Indonesia berdemontrasi anti Malaysia. Bendera Malaysia dipijak dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dilemparkan tahi.

Sejumlah isu yang tersenarai di atas, jika dilihat secara teliti, ia lebih merupakan ciptaan Think-Tank yang memerah otak bagaimana untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO-BN. Namun, penciptaan isu tersebut tidak cukup kuat untuk menjadi momentum mengembalikan sokongan rakyat. 

Barangkali, melihat kepada jejeran isu yang mempunyai pola yang hampir sama itu iaitu isunya  sensitif, dan boleh membawa rakyat bersatu memberi sokongan kepada kerajaan, timbul andaian bahawa ini semua adalah kerja APCO yang dilantik sebagai penasihat kerajaan.

Tidak mustahil, isu penghinaan rakyat Indonesia terhadap "syiar" kerajaan Malaysia di Indonesia itu juga merupakan cetusan idea APCO. Atas semangat patriotik, rakyat akan berdiri di belakang kerajaan Malaysia. Dengan kata lain di belakang UMNO-BN kerana sokongan kepada Malaysia akan sentiasa ditafsirkan sebagai menyokong UMNO-BN. Paling tidak, ia boleh melonjak sokongan rakyat kepada UMNO-BN.

Itu cuma sebuah lakonan. Jangan emosi menanggapi kelakuan penghinaan sebahagian rakyat Indonesia itu. Renung-renung dulu apa yang ada di bawah riak yang beralun!

Jangan-jangan ada buaya di bawah riak.

No comments: