Kanak-kanak yang tidak dikenali berkeliaran di taman-taman perumahan. Mereka, kebanyakannya adalah datang dari lokasi penempatan setinggan dan perkampungan melayu pinggir bandar. Menjegah ke pintu pagar, mereka meminta izin untuk berhari raya. Jika dibenarkan masuk, mereka masuk. Jika tidak, mereka akan berlalu mencari rumah yang sudi menerima mereka. Dari wajah mereka, dapat dikenali kehidupan mereka dan pendidikan mereka. Bila ditanya mengenai persekolahan, kebanyakan memberi jawapan bahawa mereka tidak lagi bersekolah, sedangkan kalau dilihat kepadas tubuh badan dan umur, mereka masih di peringkat sekolah rendah.
Selepas makan, mereka liat untuk beredar sehinggalah tuan rumah akan menghulurkan duit raya. Sesetengah kanak-kanak yang bercakap lepas, mempertikaikan tuan rumah yang tidak menyediakan duit raya buat mereka. Jika duit raya itu bernilai kecil, itu juga menyebabkan mereka beredar dengan rasa terkilan. Tahun depan, rumah tersebut bukan pilihan mereka lagi.
Ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak, kebanyakan menjawab "tidak". Namun, merekalah yang paling menghargai sambutan hari raya dengan ziarah menziarahi penduduk taman perumahan. Tapi, ziarah mereka ada makna. Demikianlah kehidupan kanak-kanak dan duit raya.
Duit raya bukan pun datang dari Islam. Namun, ia membuatkan kita tak sampai hati meninggalkan kebiasaan tersebut. Ia seperti mana kita serba salah untuk tidak membayar orang solat jenazah, tak membuat kenduri tahlil dan tak sambut perayaan maulidur rasul. Adat itu mengakar dalam masyarakat dan telah dilihat sebagai sebahagian daripada apa yang disyariatkan agama.
No comments:
Post a Comment