Wirid selepas solat itu, memang sunat. Namun wirid secara beramai-ramai itu, entahlah, sunat atau tidak. Sebahagian ulama mengekalkan hukum sunatnya tetapi sebahagian menbid'ahkanya. Wallahu a'lam. Aku tak berminat mengulas sesuatu yang tidak disepakati antara ulama. Masing-masing ada dalil. Beramal sahaja dengan pandangan mana yang lebih dekat kepada hati anda. Pastinya pendapat yang betul satu sahaja. Namun yang salah tidak dicela. Asal ada dalil dan menerbitkan hukum dari dalil tersebut mengikut kaedah yang betul, pendapat yang hakikatnya salah pun diberikan satu pahala. Yang betul dapat 2 pahala.
Namun, bagi sesiapa yang jadi imam solat di masjid dan surau hendaklah mengerti. Berzikir secara berjemaah itu memang perkara khilaf tentang kebolehannya. Tetapi kalau berzikir sehingga menimbulkan gangguan kepada ahli jemaah yang lain yang mungkin sedang solat, adalah haram. Bukahkah kalau kita membaca kuat dalam solat kita sehingag mengganggu orang sebelah juga haram, maka demikianlah jika kita berwirid sehingga mengganggu orang lain yang sedang solat. Boleh jadi ada makmum yang masbuk sedang menambahkan rakaat yang tertinggal. Boleh jadi juga ada yang sedang solat sunat.
Namanya solat, ia lebih utama daripada wirid. Maka yang kurang utama tidak boleh diamalkan sampai mengganggu yang lebih utama. Wirid jangan sampai menggaggu solat!
Yang jadi imam kena pandailah menurunkan nada suara. Imam jangan streo type sangat. Imam tengok keadaan sekeliling. Sedangkan solat fardhu pun anjal dalam keadaan tertentu. Nabi suruh pendek solat kalau di belakang ada orang tua yang lemah. Bunyi kanak-kanak menangis membuatkan nabi pendekkan solat kerana kemungkinan ibunya sedang risau memikirkan anaknya. Kalau solat boleh difleksibelkan kerana hal-hal dunia, apa lagi wirid berbanding solat.
Rendahkan suara wiridmu. Sebab itu disunatkan kita memusingkan badan ke kanan sehingga makmum berada di sebelah kanan kita. Itu adalah agar kita nampak makmum mana yang belum selesai solatnya atau yang sedang solat sunat.
Sekian, selamat beramal....
No comments:
Post a Comment