CARI BAHAN

Thursday, September 30, 2010

Maka bersujudlah sekalian ahli sihir!

Pemerintahan Firaun dipertahankan oleh kelompok ahli sihir. Menjadi ahli sihir pada zaman Firaun merupakan satu karier penting dan  melibatkan jumlah yang ramai.Disebutkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, sebuah karya imam Ibn Kathir, dikatakan jumlahnya ahli sihir Firaun ialah 80 ribu orang. Firaun telah memerintahkan orang-orangnya agar membuat penjelajahan seluruh negara untuk uji bakat menjadi ahli sihir.  Lalu, mereka yang telah lulus tapisannya, telah dibawa berdepan dengan nabi Musa A.s. Saat berepan dengan nabi Musa, mereka pun memperlihatkan bakat masing-masing. Namun, semua tipudaya mereka musnah apabila nabi Musa A.S dengan bantuan Allah, ketika melempar tongkatnya, tongkatnya bertukar menjadi ular besar lalu menelan semua ular ciptaan ahli sihir.

Demikianlah pada setiap pemerintahan zaman lalu, ahli sihir menjadi pembela penting untuk kelangsungan pemerintahan. Maka, setiap pemerintahan yang berdiri, memerlukan pembelanya. 

Pada zaman sekarang, kalau kita meneliti sejenak, siapakah yang memainkan peranan seumpama ahli sihir zaman Firaun, kita akan dapat mengenalpasti bahawa para pengamal medialah yang memainkan peranan itu. Pengamal media termasuklah  media bercetak, elektronik dan kini internet. Media yang disebarkan dalam masyarakat dalam bentuk tulisan, tayangan dan ulasan-ulasan boleh memukau rakyat. Minda rakyat diasak dengan maklumat yang dipaksakan melalui media sehingga mereka tersihir untuk mendokong apa sahaja rancangan dan agenda kerajaan yang memerintah.

Golongan pengamal media termasuklah para wartawan, karyawan, pengacara, pembaca berita, editor akhbar, seniman, para artis, penyanyi dan pembikin filem.  Mereka ini boleh memukau khalayak dengan hasil karya dan persembahan mereka. Sama seperti ahli shir Firaun yang memukau rakyat.

Namun, lihatlah apa yang terjadi tatkala ahli sihir Firaun berpaling tadah. Mereka bertaubat dan menyokong perjuangan nabi Musa A.S. Saat itu, menjadi hampirlah zaman kejatuhan Firaun dan elitnya.

Hari ini, bila para pengamal media mula menyokong gerakan rakyat, paling istimewa menyokong kebangkitan Islam, maka itulah saatnya akan berjatuhanlah tawaghit seantero dunia.

Mereka pun pulangkan wang haram

Baguslah, 40 orang warga emas memulangkan kembali wang RM100.00 yang didakwa sebagai wang haram kerana daimbil daripada sumbangan wang judi. Pemulangan tersebut dibuat kepada Setiausaha  Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga Adun Penanga. Wang tersebut, menurutnya akan dipulangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sifat tidak suka makan wang haram memang baik dan mulia. Ia patut menjadi amalan dan budaya semua orang Islam. Mana-mana wang yang datangd ari sumber haram kita perlu tolak dan kalau sudah termakan, hendaklah segera bertaubat. Sesudah bertaubat, wang tersebut hendaklah dikembalikan.

Wang haram bukan semata-mata datang daripada sumber perjudian. Wang haram datang daripada pelbagai cara. Menteri-menteri UMNO, YB mereka, ketua-ketua perhubungan, ketua-ketua bahagian, cawangan sehinggalah kepada JKK, sering dapat projek maupun peruntukan kerajaan. Perkara ini telah termaklum. Rakyat bukan lagi buta terhadap perbuatan songlap duit peruntukan pembangunan untuk rakyat. Kalau sesuatu projek harganya RM100 ribu, yang sampai ke peringkat perlaksanaan tak sampai RM50 ribu. Lebih RM50 ribu lagi masuk ke dalam poket mereka yang tersebut itu. Inilah amalan yang sering dilakukan.


Wang itu bukan halal. Wang tersebut adalahg wang haram yang diperolehi daripada khianat dan pecah amanah. Belum lagi dihitung wangg yang diperolehi daripada sumber rasuah!

Sebab itu, bila pemimpin UMNO bercakap pasal duit haram dan warga emas perlu pulangkan, aku raas macam nak ketawa. Mereka jadi kaya dengan wang haram tetapi RM100 yang warga emas dapat itu dikempen pulangkan. Mereka tak jadi kaya pun dengan RM100 itu. Bila pula pemimpin-pemimpin UMNO nak pulangkan wang rakyat?


Mungkin, setelah warga emas itu pulangkan RM100, mereka janji akan gantikan dengan RM200.00 "wang halal" yang mereka ada. Tetapi, apakah benar wang yang mereka ada itu halal? Dari sumber mana mereka dapat?

Warga emas yang naif, lari dari makan biawak termakan babi. Kasihan...

Orang dah tegaskan bahawa wang sumber judi yang disumbangkan kerajaan negeri Pulau Pinang itu adalah halal. Mana wakil UMNO yang berani bangun berhujah mengatakan ia haram? Mana sang mufti yang selama ini menjadi jurubicara UMNO?

"Melanggar undang-undang" bukan "haram"

Haram atau halal, hanya Allah dan Rasul sahaja boleh tentukan. Sesiapa yang mengharamkan yang halal, maka sesungguhnya terjerumus dia ke dalam kekufuran. Demikian sebaliknya, sesiapa yang menghalalkan yang haram, juga boleh terjerumus ke dalam kekufuran. Ini kerana, yang punya otoriti menghalalkan dan mengharamkan itu cuma Allah dan RasulNya sahaja. Apa yang haram dalam Quran maupun hadis, itulah yang haram. Apa yang tidak dinyatakan pengharamannya dalam Quran dan Hadis (kecuali persoalan ibadah), maka ia adalah harus. Asal setiap sesuatu adalah harus. Asal perkara ibadah pula adalah haram

Kerana itu, para salafus soleh, ketika diminta fatwa mengenai halal atau haram, mereka berusaha menjauhi diri daripada menggunakan perkataan "ini haram" pada sesuatu yang tidak ketetapan jelas dalam Quran dan Hadis. Mereka lebih suka menggunakan perkataan seperti "aku membenci ini", "aku tidak menyukai itu" dan seumpamanya.

Tiba-tiba timbul isu hukum main kutu.Ia dikatakan haram sedangkan selama ini ramai orang telah terlibat dalam transaksi ini. Lagipun, transaksi ini tidak mengandungi unsur riba, maisir ataupun gharar. Menggunakan kalimah "haram" untuk main kutu ini adalah mengelirukan kerana istilah haram adalah istilah syarak. Hanya syarak yang boleh menentukannya.

Kenyataan haram tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata skim kutu diharamkan dan jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Rupa-rupanya, ia haram di sisi undang-undang negara. Bukan haram di sisi Allah. Ertinya, wang hasil kuti tidaklah berstaus haram macam wang jual arak, main judi, jual babi, riba dan sebagainya. Tentu ini melegakan ramai orang yang berhati-hati dalam agama. Kalau setakat haram di sisi undang-undang negara, biarlah.

Telur penyu pun haram, tapi jual beli berlangsung juga. Kalau hendak dikira, memburu rusa adalah haram, tetapi dagingnya dijual dan dimakan orang juga Banyak benda yang diharamkan oleh negara tetapi sebenarnya halal dari  segi hukum syarak. Demikian juga sesuatu yang tidak wajib, diwajibkan. Umpamanya pakai tali pingang keleder, pakai topi keleder dan memiliki lesen memandu. Agama tidak mewajibkannya tetapi ia boleh menjadi wajib kerana beberapa sebab. Jika menimbulkan mudarat, ia menjadi wajib. 

Ada pihak mewajibkan zakat hanya dibayar kepada kerajaan melalui pusat pungutan zakat yang ditubuhkan. Tidak bayar kepada pemerintah dikatakan berdosa sebab tidak melaksanakan yang wajib. Alasan yang disandarkan ialah mentaati pemerintah adalah wajib. Maka, apabila pemerintah menitahkan wang zakat dibayar kepada mereka, rakyat tidak mengikut, rakyat telah menentang pemerintah dan haramlah hukumnya. Agama membenarkan zakat dibayar kepada mana-mana 8 asnafnya dan tidak mewajibkan hanya kepada amil. Jadi, perkara yang tidak wajib pada syarak, tidak boleh diwajibkan oleh sesiapapun.

Sebab itu, perkataan "haram' usah dipakai.  Ia mengelirukan. Bila sebut judi haram, orang akan mempersoalkan tentang apakah ada judi halal? Bila sebut gerai haram, orang akan tertanya-tanya apa yang dijual oleh pemilik gerai itu sehingga gerainya dihukum haram. Apakah dia menjual daging babi, arak atau dadah? Tidak!ia hanya dikatakan haram sebab tidak membayar cukai atau tidak berlesen.
 
Perkataan "melanggar undang-undang" lebih tepat dan objektif. Tapi kalimah itu panjang. Tidak seperti kalimah "haram". Pihak DBP boleh memikirkan satu kalimah lain yang pendek dan tepat.

400 ribu dipertikai, juta-juta diabai.

RM400 ribu lebih baik digunakan untuk program penyebaran ilmu, menegakkan sunnah, memadamkan bid'ah dan melahirkan para ulama. Itulah antara lain cadangan seorang ulama muda UMNO terhadap rancangan kerajaan negeri Kelantan menghantar 40 orang  ulama dan guru pondok dengan dana sebanyak RM400 ribu daripada sumbangan orang ramai.ke Makkah bagi tujuan munajat berhubung isu rayalti minyak.

Jumlah tersebut dikatakan besar dan tidak sepatutnya dibazirkan untuk tujuan tersebut. Soal munajat, menurutnya tak perlu di Makkah dan mengapa pula mesti pada angka 40 orang?

Menurut sumber kerajaan Kelantan, jumlah tersebut adalah dari sumbangan orang ramai. Kempen telah dilancarkan untuk tujuan tersebut dan para penyumbang yang menderma telah pun tahu tujuan mereka menderma.

Kalau mahu dilihat pada angka wang dibazirkan, sungguh banyak wang negara yang dibazirkan. 400 ribu itu kecil jika hendak dibandingkan dengan kos pembinaan istana negara yang dikatakan 500 juta peringkat awal dan mencecah 1.2 bilion bila siap kelak. Mengapa jumlah tersebut tidak dipertikai sedangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat dan rakyat tidak ditanya keredhaan mereka untuk itu?

Banyak lagi perkara lain yang boleh dipersoal. Jutaan ringgit yang dibelanjakan secara  tidak menentu, tidak pula menjemput keperihatinan ulama muda tersebut berbanding prihatinnya dia terhadap 400 ribu wang para penderma. Lagipun, ia bukan dibelanjakan secara sia-sia ke jalan tanpa faedah sebagaimana jutaan lain.

Ternyata ulama muda itu sudah menjadi tungangan. Manakan boleh si pemotong rumput memandu kereta lumba di litar formula one??

Wednesday, September 29, 2010

Bijaksana para nabi atau hilang rijal

Menanggapi sikap pembangkang yang menentang kerajaan, berusaha menjatuhkannya dalam pilihanraya, maka kata-kata keras dan pedas dilemparkan oleh golongan ini. 

"Kalian adalah khawarij, menentang pemerintah, menggunakan Islam untuk politik....celakalah kalian!", 

Kepada pemerintah yang melakukan pelbagai kezaliman, penyelewengan, pecah amanah dan tidak menegakkan hukum Allah dalam pemerintahan...golongan ini berbicara lunak.

"Nasihatilah pemerintah dengan bahasa yang lunak, berdoalah kepada Allah agar dibukakan hati mereka untuk kebenaran, jangan bersikap kasar dan mencela mereka, bantulah mereka dan bimbinglah mereka....", 

Siapakah sebenarnya golongan ini? Apakah mereka ini mewarisi kebijaksanaan para nabi atau mereka cuma manusia yang hilang "rijal"nya?

Orang BTN yang bermulut celupar

Terpamer sungguh sikap rasis "orang BTN" yang melebelkan masyarakat Cina dan India di Malaysia sebagai si sepet dan si botol. Sekarang, kata-kata yang diucapkan semaa kursus BTN itu telah pecah ke tengah masyarakat dan masyarakat Cina dan India tentu tidak boleh menerima penghinaan sebegitu. Siapakah Melayu yang mahu membela si mulut celupar itu, silakan.

Islam tidak pernah melegitimasikan penghinaan fizikal oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Mengatakan orang Cina sebagai si mata sepet bererti menghina kejadian Allah. Sungguh memalukan ungkapan Melayu yang mengaku sebagai Islam itu. Apakah pada fikirannya dia Melayu yang cantik dan sempurna fizikalnya? Mengatakan India sebagai si botol (mungkin kerana dulu orang India sahaja yang membeli botol sehingga terkenal kata-kata "keling botol" atau mungkin merujuk kepada penagihan arak yang banyak dalam masyarakat India), adalah kata-kata yang tercela dan tidak wajar dibela. Islam tidak membela penganutnya yang berlidah celupar seperti itu. Bangsa Melayu juga tidak berbangga dengan kata-kata rasis seperti itu.

Biarkan "orang BTN" itu tanggung sendiri akibatnya.

Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa!

Tuesday, September 28, 2010

Kenapa Islam ditentang?

Penentangan terhadap kebenaran selalu didasari oleh dua faktor. Pertamanya kerana ta'asub dengan adat warisan nenek moyang. Keduanya ialah kerana takut terancam kedudukan dalam masyarakat. Dua faktor inilah yang menjadi alasan kenapa Firaun dan elit pemerintahnya enggan menyahut seruan nabi Musa a.s.  Dua faktor ini jugalah yang menyebabkan kenapa kaum Quraisy begitu susah menerima seruan nabi Muhammad SAW pada peringkat permulaan dakwah baginda.

Para du'at di mana-mana serata dunia berdepan dengan dua halangan ini. Para penganut paganisme sangat kuat berpegang kepada adat. Orang-orang Melayu Islam yang sudah beratus tahun memeluk Islam pun masih berkarat dengan beberapa adat warisan nenek moyang yang sampai kini belum dapat di padamkan oleh cahaya Islam.

Di daerah pendalaman, sebahagian besar masyarakat paganisme telah berjaya ditarik oleh misionaris kristian untuk memeluk agama kristian. Agama kristian tidak mencabar adat kebiasaan mereka. Umpamanya di Sarawak, masyarakat iban amat rapat dengan adat minum tapai sempena hari-hari perayaan kaum mereka. Kristian juga tidak menekankan soal akidah dan kesuciannya. Oleh itu, mereka boleh menganut kristian dan dalam masa yang sama meneruskan kebiasaan minum tapai mereka dan amalan paganisme mereka.

Sebaliknya, agama Islam mempunyai nilai akhlak dan akidah yang tidak cocok dengan  adat budaya dan amalan paganisme tersebut. Jika pendakwah Islam cuba mengajak mereka beralih dari agama kristian yang dianut kepada agama Islam, mungkin mereka tidak keberatan untuk membuang kristian. Namun, membuang adat kebiasaan dan kepercayaan paganisme yang berbaki, amat sukar sekali.  Ia telah berkarat dan sukar dikikis.

Bagi golongan yang berpengaruh dan penguasa, mereka amat bimbang jika pengaruh dan kuasa mereka tergugat. Mereka menentang Islam kerana merasakan Islam akan menyebabkan mereka hilang kuasa dan pengaruh. Sebab itu kita lihat kenapa parti pemerintah tidak mesra kepada pembangkang. Pembangkang akan dicondemn habis-habisan kerana ia mencabar pengarus dan kuasa mereka. Sekalipun parti pembangkang itu mengajak parti pemerintah untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Politik itu fitrah

Sewaktu berbincang dengan seorang pemuda di sebuah kedai mamak, sambil menikmati sepinggan mee goreng mamak, timbul soal non partisan yang merupakan pendekatan yang diambil oleh sesetengah kumpulan atau individu. Pemuda itu menegaskan bahawa tiada kumpulan atau orang perseorangan yang boleh mengambil sikap "tidak memihak" secara konsisten. Pada dasarnya, tiada makhluk yang boleh memisahkan diri daripada politik kerana politik itu bermakna memerintah atau diperintah.

Jika seserong mendakwa dia tidak mahu terlibat politik, maka dia tidak memilih untuk bercakap soal politik, menjauhi daripada parti politik, itu hanyalah retorik kosong. Dia mungkin tidak terlibat secara langsung tetapi secara tidak langsung dia akan terlibat. Tidak cepat lambat laun. 

Manusia adalah makhluk berpolitik secara fitrahnya. Bukankah Allah menciptakan manusia ke dunia ini adalah untuk berpolitik? DilantikNya sebagai khalifah Allah buat mengurus kehidupan dunia!

Pejabat agama memenjara Islam

Pada zaman penjajah Inggeris, agama Islam telah ditangkap dan dikurung dalam institusi raja Melayu. Penjajah Inggeris menyerahkan usrusan agama untuk diuruskan oleh institusi raja-raja Melayu. Agama Islam tidak lagi boleh bergerak bebas dalam kehidupan bernegara seumpama burung di udara. Namun, agama Islam yang diserahkan kepada raja-raja Melayu untuk dikawal itu pula hanya yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan, masjid, kubur, waqaf dan beberapa hal kecil lain. Aspek agama Islam lain telah dibunuh dalam masyarakat dan pihak istana tidak punya kuasa untuk membiakkannya semula.

Untuk merealisasikan pengurungan agama tersebut, atas nasihat daripada penasihat-penasihat Inggeris yang duduk bertempel dengan sultan-sultan Melayu, diwujudkan pejabat-pejabat agama. Penjabat agama bukan sahaja ditugaskan mentadbir hal-hal tersebut dengan tauliah Sultan, tetapi juga menjadi jaring perangkap untuk menangkap mana-mana bahagian agama yang terlepas ke tengah masyarakat.

Agama Islam telah dipencilkan dalam ruang pejabat agama yang penuh dengan kertas-kertas usang berhabuk.

Apabila pejabat agama di Selangor bertindak mengawal aktiviti kuliah-kuliah agama dengan syarat tauliah, ia sebenarnya menjelaskan lagi apa sebenarnya pejabat agama itu!

Monday, September 27, 2010

Reptilia dan anfibia

"Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa, saya tahu DNA mereka.Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula. Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja”, Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan merangkap presiden Perkasa dilaporkan melenting dan mengeluarkan kata-kata tersebut yang merujuk kepada 3 pemimpin UMNO yang keras mengkritiknya dan Perkasa sejak akhir-akhir ini. Mereka ialah DS Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan Tengku Adnan Tengku Yaakob.

Kenyataan Ibrahim Ali ini dibalas pula oleh DS Nazri Aziz dengan cabaran agar Ibrahim Ali mendedahkan jenis DNA yang dimilikinya.

Orang kata DNA Ibrahim Ali spesial. Dia telah memiliki DNA tersebut selama beberapa penggal pilihanraya. Baru-baru ini para doktor politik menemui lagi beberapa orang yang termasuk dalam spesis yang mempunyai DNA yang sama sepertinya. Tahukah anda apakah DNA yang dia miliki itu? Fikir sendirilah!

Mengenai dakwaannya bahawa dia tahu DNA penentangnya dari kalangan pemimpin UMNO itu, kita tunggu dan lihat. Kalau DNA mereka sama dengannya, mungkin dia boleh cerita secara detail. Namun, kalau DNA mereka berbeza daripadanya, dakwaannya itu kosong belaka.

Ketika hujan turun lebat menimpa bumi, aku sering teringat lagu warisan nenek moyangku. Lagu "bangau oh bangau". Ada dua jenis haiwan yang tak boleh bersatu, duduk bersama dan bersumpah dendam permusuhan selamanya. Itulah ular dan katak. Tentu tak sama DNA ular dan katak. Satu dari jenis reptilia dan satu lagi jenis anfibia.

Bantuan dari wang judi halal

Hah...Dr. Asri telah mengulas mengenai bantuan kepada warga emas dan fakir miskin yang dikatakan hasil dari judi. Katanya, wang hasil jadi yang diterima oleh penerima itu tidak haram kerana transaksi yang berlaku antara pemberi dan penerima adalah bantuan dan bukan perjudian. Kesalahan adalah ditanggung oleh kerajaan atau syarikat perjudian tesebut. Penerima tidak berdosa.Dengan kata lain wang itu halal kerana penerima bukan berjudi tetapi penerima melakukan aktiviti mencari razeki yang halal.

Kalau mahu dihitung sumber haram, gaji yang diterima oleh kakitangan kerajaan itu, termasuk di dalam sumber-sumber haram seperti judi, arak, kelab malam, pusat penternakan babi dan sebagainya. Tetapi, kakitangan awam menerima gaji itu adalah halal kerana gaji tersebut diterima atas pekerjaan mereka. Samalah juga dengan warga emas yang menerima wang yang didakwa sebagai hasil judi itu. Ia diterima atas nama bantuan dan bantuan adalah transaksi yang tidak bertentangan dengan syarak!

Inilah jawapan yang cukup faqih sejak beberapa hari ini aku dengar. Dalam kebisuan para mufti dan kebingungan ramai orang untuk mengulas isu ini dari segi hukum, kenyataan Dr. Asri itu menjadi tamparan kepada pemuda UMNO yang hebat mewar-warkan isu itu.

Maka kesalahan adalah ke atas kerajaan dan syarikat perjudian yang terlibat dengan transaksi judi. Dosa syarikat perjudian adalah kerana mencari razeki dengan cari haram iaitu berjud. Manakala dosa kerajaan adalah menerima sumbangan dari sebuah syarikat perjudian. 

Dalam konteks kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guang Eng yang kita maklum bahawa dia bukanlah seorang muslim, masakan kita mahu katakan dia telah berdosa. Orang bukan Islam mana boleh dituduh berdosa? Hanya orang Islam sahaja yang terikat dengan hukum dosa dan pahala! Yang berdosa adalah perdana menteri Malaysia dan menteri berkenaan yang meluluskan syarikat perjudian dan dengan itu negara menerima cukai-cukai perjudian. Demikian mereka yang meluluskan kilang-kilang arak dan mendapatkan cukai untuk negara dari kilang-kilang arak tersebut. Yang menjalankan perniagaan berasaskan judi dan arak berdosa. Yang menerima bayaran atau sumbangan dari syarikat perjudian dan arak juga haram. Setelah wang itu menjadi hak milik kerajaan dengan tanggungan dosanya, penerima ketiga tidak menanggung dosanya jika transaksi yang berlaku adalah halal. Umpamanya transaksi melalui bayaran gaji, hadiah, sumbangan, bantuan dan sebagainya.

Buat Pemuda UMNO, tak perlulah pukul gendang halal haram kalau diri sendiri bergelumang dengan perjuangan yang menghalalkan perniagaan judi dan arak di peringkat Persekutuan. Ibarat ayam jantan, berkokok berderai-derai tetapi ekor berlumuran najis.

Melayu, Malaysian dan Raja.

Nampaknya persoalan "siapa saya?" menjadi perdebatan panas kalangan beberapa tokoh dalam UMNO. Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pertamanya dia adalah Melayu, kemudian baru orang Malaysia. Kata pula Dato' Nazri Aziz, dia adalah orang Malaysia, kemudiannya baru orang Melayu. Dalam mamai dan kebingungan menghadapi dua definisi ini, muncul pula Ibrahim Ali mengatakan dia adalah hamba raja, kemudian baru orang Malaysia.

Siapa kita untuk pertamanya dalam sebuah negara Malaysia? Orang Melayu, orang Malaysia atau hamba setia kepada raja?

Saya orang Melayu!
Saya orang Malaysia!
Saya hamba setia kepada raja!

Demikian jawapan-jawapan itu bersiponggang antara pejuang-pejuang Melayu yang bercakaran dalam pertubuhan UMNO dan PERKASA. Mereka tidak mencapai kata sepakat mana satu dahulu  dan mana satu kemudian. 

Seperti perdebatan falsafah yang tidak akan pernah punya kemuktamadan. Mana dicipta dahulu? Ayam atau telur ayam?

Mereka yang berpijak kepada falsafah semata-mata tidak akan menemui jawapannya. Demikian, mereka yang bercakap atas dasar bangsa, tidak akan menemui jawapannya juga. Hanya wahyu Allah yang memutuskan. 

Allah kata, Dia yang menciptakan segala yang melata di bumi. Dari kalangan yang melata itu, ada yang berjalan di atas 2 kaki. Ada yang berjalan di atas 4 kaki. Dan ada yang berjalan di atas perutnya. Yang berjalan atas 4 kaki itu macam kambing, lembu, kuda, gajah, zirafah, pelandok, tikus dan sebagainya. Yang berjalan di atas 2 kaki itu seperti ayam, burung, manusia dan lain-lain. Yang berjalan di atas perut pula adalah macam ular dan haiwan-haiwan yang tak berkaki.

Jadi, ayamlah dulu! bukan telur!

Tapi soal mana dulu,  Melayu, Malaysian atau hamba setia raja, bukan boleh dipilih salah satunya. 

Aku , pertamanya Islam dan kemudian barulah menjadi orang Melayu. Lepas itu baru Malaysia. Aku bukan hamba setia raja macam kata Ibrahim Ali. Itu kata-kata seorang yang terpeliut di kaki semangat kemelayuan melampau seperti zaman Melaka dulu. Zaman itu sudah berlalu dan tak akan berulang.

Walaupun aku Melayu, aku boleh tinggalkan Melayu. Walau aku Malaysian, aku boleh tinggalkan Malaysian. Namun, aku Islam, di cerok bumi mana aku berpersada, aku tetap dan selamanya Islam!

Sunday, September 26, 2010

First Lady atau Ummul Watan?

Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri merancang untuk membuat sidang antarabangsa di Malaysia melibatkan isteri beberapa pemimpin dunia yang disifatkannya sebagai "pertemuan para wanita pertama". Dijangka lebih 30 orang daripada pelbagai negara akan hadir. Turut dijemput adalah isteri Barrack Obama, presiden Amerika Syarikat.

Selama ini, istilah "First Lady" tidak digunakan oleh isteri perdana menteri Malaysia. Selain struktur perlembagaan negera yang tidak meletakkan Perdana Menteri sebagai pemimpin tertinggi, isteri perdana menteri umumnya adalah wanita Melayu yang kaya dengan budaya Melayu. Wanita Melayu, bukan jenis yang suka mendedahkan diri ke khalayak dan tidak mengejar populariti. Oleh kerana Perdana Menteri bukan pemimpin tertinggi, maka tidaklah layak isterinya digelar "wanita pertama' sebagaimana di  kebanyakan negara, terutama yang bersifar Republik.
Nemun, menjadi wanita pertama bukan hebat. Dalam Islam, isteri-isteri nabi digelar "Ummahatul Mukminin". Ini adalah satu gelaran muliqa buat mereka. Menjadi ibu kepada orang beriman, adalah satu kedudukan yang bukan calang-calang. Sebagai sebuah negara ummat Islam, boleh juga kalau Rosmah mahu kedudukannya dihargai. Tetapi bukan dengan cara menggelarkan diri sebagai "First Lady". Lebih mulia dan lebi sesuai dengan adat ketimuran dan keislaman jika dia melebelkan dirinya sebagai"Ummul Watan" atau "Ibu Pertiwi".

Namun, dari segi rangking dan keutamaan, Rosmah sebenarnya buakan sesiapa. Dari segi keutamaan , isteri Yang Dipertuan Agung lebih aula digelar "Ummul Watan" sebab dia isteri pemimpin teringgi yang diiktiraf perlembagaan negara.

Sepatutnya, isteri perdana menteri tidak perlu menyibuk. Negara tidak bertambah baik dengan sifat "busy body" seorang isteri perdana menteri.

Mengembaralah: Imam Syafie

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap di tempat bukan hal yang menyenangkan bagi dia yang berakal dan punya semangat belajar maka tinggalkan tanah airmu dan merantaulah !

Pergilah, akan kau dapatkan ganti dari yang kau tinggalkan dan bersakit-sakitlah, sesungguhnya lazatnya hidup dalam bersakit-sakit.

Sungguh kulihat berhentinya mengalir air itu akan  merusakkannya sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.

Singa tak akan mendapat  mangsanya  kalau ia hanya tetap di sarangnya dan anak panah tak mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya

Matahari, andaikan tetap saja di tempatnya pasti jemu orang Arab maupun Ajam.
 
 Lombong emas cuma ketulan tanah di tempatnya, sementara kayu terbiar di bumi hanyalah sejenis bahan bakar.

Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu  tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas..
 
 
 

Saturday, September 25, 2010

Syarat mendapat ilmu-Syafie

Telah bersyair oleh Imam Syafie Rahimahullah:

أخي لن تنال العلم إلا بستة ..... سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة ..... وصحبة أستاذ وطول زمان
  
Maksudnya:
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan yang enam perkara...Akan kuberitahumu dengan jelas setiap satunya. Itulah kecerdikan, haloba, kesungguhan dan bekalan...kemudian bersama guru dan panjang masa."

DUIT JUDI

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menurut dakwaan UMNO Pulau Pinang, telah menerima sumbangan dari Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi kemiskinan. Maknanya, duit judi digunakan untuk membasmi kemiskinan. Wakil UMNO yang menimbulkan isu itu melatah dan dengan gaya seorang yang mementingkan halal haram, mendakwa rakyat lebih rela miskin daripada makan duit haram.

Lim Guang Eng, terakhir, mengakui adanya sumbangan tersebut,  namun ia diasingkan. Penerima yang beragama Islam tidak diberikan wang sumber tersebut. Lalu, dipersoalkan bagaimanakah kerajaan negeri mengasingkan wang haram dengan wang halal kerana kerajaan negeri bukannya ada 2 akaun.

Persoalan duit judi ini,  telah lama pun digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk pelbagai tujuan. Kalau hendak dikira, kerajaan UMNO-BN yang paling banyak menggunakan duit haram untuk mentadbir negara. Namun, golongan UMNO sok suci itu tidak pernah pertikaikan. Mereka pertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan Pualau Pinang yang ditadbir oleh Lim Guang Eng sebagai ketua menteri. Kita tahu bahawa dia bukan seorang muslim. Tapi DS Najib dan PM sebelumnya semuanya muslim. Mereka ada buat pengasingankah wang haram dan halal.

Lim Guang Eng mungkin buat salah. Tetapi kritikan puak UMNO Pulau Pinang itu bukan kerana memelihara kesucian harta. Mereka adalah golongan yang belum kebah dari dendam kerana kehilangan kuasa. Bagaimana ulat tahi boleh dipercayai dakwaannya mengatakan dia ulat buah??

Bacaan Quran dan lagu negaraku

Murid-murid sekolah diajar, kalau semasa lagu negara dinyanyikan, hendaklah berdiri terpaku. Jangan berjalan walaupun ketika itu sedang berjalan. Itulah sebagai lambang penghormatan dan patriotisme kepada negara. Masa zaman Jepun, orang Melayu dipaksa hormat kepada lagu Jepun ketika dinyanyikan. Didikan jepun untuk rakyat Malaya pada zaman penjajahannya telah menanamkan satu mindset dalam fikiran  orang Melayu. Beberapa budaya Nipon telah dipaksakan. Lagu kebangsaan Jepun, Kimigayo disuruh hormat. Macamana kita disuruh hormat kepada lagu kebangsaan kita pada hari ini.

Kita orang Melayu Islam. Tidak semua budaya Jepun itu sesuai untuk kita langsungkan. Orang Jepun mulanya penyembah matahari. Cara mereka menjelmakan "ta'abbud" mereka kepada matahari begitulah. 

Saat kita diperdengarkan bacaan Quran, apakah kita diajar supaya berhenti berjalan dan terpaku berdiri? Malah, larangan Allah dalam Quran agar jangan bercakap semasa mendengar Al-Quran, kita redah sahaja. Mana lebih tinggi? Ayat Quran atau atau senikata lagu negaraku?

Friday, September 24, 2010

Jasa yang biasa

“Saya berani berkata bahawa tidak ada seorang pun di Malaysia ini yang boleh mengatakan bahawa UMNO tidak pernah berjasa kepada mereka. Tiap-tiap orang sama ada Melayu, Cina, India atau apa bangsa sekalipun BN yang dahulunya Perikatan telah memberi sumbangan dalam kehidupan mereka,”kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, SU Agong UMNO sebagaimana telah dilaporkan dalam Utusan Online.

Memang, UMNO telah berjasa kepada rakyat Malaysia, bani Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa. Jasa itu berbeza-beza mengikut kaum sama ada sedikit atau banyak. Secara langsung atau tidak langsung. Malah ia berbeza-beza mengikut individu. Selama lebih 50 tahun lebih UMNO memimpin perikatan dan kemudiannya Barisan nasional, sudah tentulah banyak yang telah dia buat. Lebih daripada itu, ia memimpin sebuah kerajaan bersama rakan-rakan dalam Perikatan atau Barisan Nasionalnya. 

Namun, berjasa kepada rakyat bukan semata-mata kelebihan UMNO atau kerajaan Barisan Nasional. Parti Komunis di Rusia dan China juga berjasa kepada rkyat negara tersebut. Kalau di sebuah kawasan yang didakwa sebagai bawah kawalan sesebuah kumpulan gangster, banyak juga pihak yang merasa terhutang budi kepada kumpulan gangster tersebut walaupun terpaksa membayar duit perlindungan. Maka, bukan satu kelebihan istimewa untuk sesebuah parti atau sesebuah kerajaan untuk mendakwa bahawa dia telah berjasa buat rakyat.

Apa yang dibuat untuk rakyat hendaklah dinilai dari sisi jahatnya. Jika jahatnya banyak, maka biarpun kerajaan atau parti itu telah berjasa, ia wajib disirnakan daripada persada politik. Sebuah kerajaan atau parti yang telah berselirat dengan penyelewengan, rasuah, nepotisme dan sikap oppurtunis penerajunya, maka jasanya tidak boleh lagi dipertahankan untuk menjadi alasan kelangsungannya.

Firaun yang memerintah Mesir, bukan tidak ada jasanya. Rasanya, sebagaimana kata Kunan itu, bahawa setiap rakyat Malaysia tentu pernah menelan jasa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, maka demikianlah Firaun beranggapan ke atas rakyat Mesir. Baginya kemakmuran seluruh rakyat Mesir adalah di bawah kekuasaannya. Raja-raja zalim dalam sejarah, semuanya melakukan jasa yang pelbagai buat rakyat. Paling tidak, menjaga kedaulatan negerinya sehingga negara lain tidak boleh menceroboh wilayah kekuasaannya. rakyat berasa aman di bawah pemerintahannya kalau pun tidak sepanjang masa, mereka menikmatinya sekerat masa.

Justeru, apa hebatnya jasa UMNO dan BN. Kemerdekaan yang diusahakan memang satu jasa tetapi harga yang dibayar tidak terkira. Kerana mahu merdeka, perlembagaan warisan Inggeris terpasak membumi di tanah Melayu sehingga kini. Kedaulatan Islam sukar ditegak sehingga kini. Jalan raya, sekolah, balai polis, perumahan, pasar-pasar dan bandar-bandar adalah sedereta jasa UMNO dan BN. Namun bersama pembangunan fizikal tersebut, yang boleh dibuat oleh kerajaan dan parti manapun yang memerintah dalam dunia ini, berapa banyak kebobrokan yang dipejamkan mata. 

Dalam jasa rakyat diperkosa. Dalam budi masa depan negara diperjudi.

Nostalgia Mahathir

Tun Mahathir seorang tua. Diberi gelaran negarawan pula. Dia seperti bebas berkata apa sahaja dan memberi pandangannya. Kritikan apapun yang dilemparkan kepadanya mungkin cuma seperti melempar tahi hidung ke dalam lautan luas. Namun, sebagaimana dia merasakan dia bebas mengkritik itu dan ini, maka aku tidak punya pantang apa-apa untuk mengkritiknya.

Kenyataan terbarunya mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa jika PR mengambil alih kuasa adalah kenyataan seorang politikus senja yang masih tebal nostalgia dengan UMNO (Rujuk: The Malaysian Insider). Kenyataan itu masih berbau tahyul bahawa hanya BN sahaja yang pandai memerintah. Dengan mengambil contoh kes kerajaan PR di Perak yang tidak habis-habis dituduhnya sebagai kerajaan boneka Cina, dia mengatakan itulah akan terjadi bila PR memerintah.

Hikayat Tun Mahathir itu bukan boleh dipercayai dengan mudah dalam dunia hari ini yang maklumat beredar di hujung jari. Kalau 10 tahun atau 20 tahun dahulu dia berkata begitu, mungkin orang akan percaya. Waktu itu hanya TV dan akhbar penjilat kerajaan yang ada itulah sahaja sumber maklumat utama. Hari ini, internet telah menjadi sumber maklumat utama rakyat. 

Rakyat tahu bagaimana kerjaan Perak itu dirampas. Rakyat juga tahu sampai sekarang MB kerajaan haram itu tidak pernah berani untuk membuat persidangan dewan sebagaimana negeri-negeri lain. Rakyat menanti pilihanraya akan datang untuk memberi pengajaran kepada kerajaan haram tersebut.

Tun Mahathir masih bercakap pasal melayu memerintah. Aku telah tulis sebelum ini bahawa hakikatnya Melayu tidak memerintah. Melayu hanya ditunggani elit pemerintah yang mendakwa mereka Melayu. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, banyak sudah derita yang Melayu tanggung. Paling perit, Melayu terus kekal sebagai bangsa yang mundur dari segi penguasaan ekonomi. Itulah hasil pemerintahan yang dikatakan dikuasai Melayu.

Keadilan menurut kacamata pemimpin UMNO khasnya Tun Mahathir sendiri adalah berkisar di sekitar diri mereka. Jika elit mereka terus berkuasa, itulah keadilan. Jika kroni mereka mendapat habuan, itulah tanda Melayu untung. Kayu ukur kemelayuan mereka adalah mereka dan angkatan mereka. Sekalipun angkatan mereka itu seorang Cina. Masih terngiang-ngiang di telingaku  kata-kata Tun Mahathir sewaktu dia berkuasa dahulu. Katanya, kerajaan tidak dapat menjadikan Melayu kaya semua. Kerajaan hanya boleh kayakan bebebrapa individu dengan kekayaan individu Melayu itulah makan bangsa Melayu akan menumpang tuah.

Sehingga kini, mana individu kaya ciptaan Tun Mahathir yang membela Melayu? Melainkan, mereka itu semakin bernafsu memperkayakan diri sendiri. Mereka terus memerah keringat rakyat sehingga rakyat yang sudah miskin menjadi bertambah miskin. Teori ekonomi Tun Mahathir berpaksikan kapitalisme dan ternyata sehingga kini dia tidak benar-benar menerima sistem Islam dalam kehidupannya. Dia masih bercakap dengan lidah kapitalisme, nasionalisme dan malang sekali seorang yang sudah tidak berkuasa, sudah di penghujung usia tidak mahu kembali kepada sifat tunduk kepada peraturan Allah di dunia.

Sebenarnya, siapakah melayu pelupa yang Tun Mahathir sebutkan? Siapa pula Melayu haprak yang pernah Tun Mahathir nistakan? Melihat kepada perkembangan Melayu baru yang dengan siagap bangun menyokong agenda pembaharuan PR, aku percaya mereka tidak haprak. Mereka bukan pelupa. Yang haprak dan pelupa adalah elit Melayu yang bakal hilang kuasa itu.



"Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidyah kepada orang yang zalim".Maksud Al-Quran.

Thursday, September 23, 2010

Kenapa bermain bahasa?

Zaid Ibrahim menafikan bahawa dia melebelkan Timbalan PKR, Syed Husin Ali sebagai nyanyuk. Katanya, dia telah menyebutkan perkataan "nyanyu" tetapi wartawan telah tersilap dengar dan menuliskan sebagai nyanyuk.

Dalam bahasa Melayu, "nyanyuk" bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban. Manakala "nyanyu "pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Nyanyuk ataupun nyanyu, seharusnya tidak patut dilebelkan kepada Syd Husin Ali. Dia seorang yang baik budi lagi pula seorang tua yang telah banyak menghadapi resam perjuangan. Sungguh pun dia pernah menjadi presiden sebuah parti Sosialis yang dilihat oleh beberapa kalangan Islamis sebagai tidak cocok dengan fikrah Islam, dia seorang muslim. Tidak ada sejauh ini kritikan nista yang boleh ditempelkan kepadanya. Parti sosialis yang dipimpinnya bukan parti ala parti sosiali yang kita kenal dalam sejarah kemunculannya. 

Buat masa ini, aku belum punya kemampuan mantap untuk mengulas mengenai sejarah kemunculan sosialis dan apakah mungkin Islam mempunyai kaitan dengan sedikit sebanyak dengan agneda sosialis. Secara kasar, aku cuba mambayangkan, bila Islam disifatkan sebagai "madani", ada nilai sosialis di sana. Wallahu a'lam. satu pengamatan yang lebih mendalam perlu diterlusuri. Insya Allah, satu masa akan datang akan kucuba memahami pemikuran falsafah ini.

Berkenaan perkataan "nyanyu" ini, aku mengaku bahawa aku tidak tahu kewujudannya. Justeru, berat sangkaanku bahawa wartawan yang mendengar ulasan Zaid Ibrahim itu juga tidak tahu kewujudannya. Bahkan, aku percaya ramai orang Melayu sendiri tidak tahu bahawa ada perkataan nyanyu. Kalau nyanyuk memang biasa dan rata-rata orang Melayu biasa menyebutnya.

Apapun, antara "nyanyuk" dan "nyanyu" tidak jauh bezanya. Aku rasa salah satu umum salah satu khusus.

Kenapa Zaid Ibrahim bermain bahasa?


Jenayah orang-orang baik

Sehari dua ini, beberapa kes melibatkan jenayah dan keganasan dilaporkan dalam media melibatkan beberapa individu. Seorang bekas anggota polis, Mohd Nahar Abu Bakar dibawa ke Mahkamah Tinggi Syah Alam atas dakwaan membunuh anak bekas setiausaha UMNO Kelang dan pengasuhnya. Seorang pemandu teksi bernama Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Syah Alam kerana meyepak sehingga membunuh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Shafiah Humaira yang merupakan anak kepada teman wanitanya . Kemudian anak Raja Petra Kamaruddin, Raja Azman  yang didakwa mencuri akhirnya dibebaskan dari pertuduhan oleh Mahkamah Syah Alam .

Inilah sebahagian daripada kes yang berlaku setiap hari dalam negara kita. Jenayah-jenayah yang kekadang mencapat tahap luar perikemanusiaan sering berlaku. Bunuh sudah menjadi satu kata-kata biasa. Kes-kes bunuh yang terjadi disertai pula dengan kesadisannya. Pembunuhan Altantuya Sharibu beberapa tahun lalu yang pelibatkan letupan dengan bom C4 menggambarkan betapa sadisnya perbuatan bunuh yang dilakukan. Demikian, kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya yang membawa kepada pembakaran mayatnya dan dicampakkan ke dalam sungai kean abu dan sisa mayatnya sungguh ngeri untuk dibayangkan.


Mohd Fazli Azri

Satu hal yang perlu kita renung dan fikirkan, pembunuh-pembunuh yang melakukan kerja tersebut tidak memperlihat air muka antagonis sehingga kita tidak menyangka dia adalah pembunuh kejam itu. Melihat kepada rupa paras, nampak macam soleh dan baik. Lihat sahaja wajah pemandu teksi yang membunuh Shafiah Humaira, jernih mukanya tidak membawa kita menduga hatinya sebegitu kering sehingga sanggup menyepak kanak-kanak seusia 3 tahun seperti bola. Kes anak Raja Petra Kamaruddin, lihat air muka anaknya. Nampak baik. Walaupun beliau akhirnya dibebaskan, namun satu hal yang kita dapat pelajari, jenayah tidak memilih pangkat dan keturunan. Mengapa anak raja boleh terjebak ke dalam pertuduhan jenayah curi?

Dunia akhir zaman....inilah akibatnya kalau negara tidak ditadbir mengikut manual yang dibekalkan Allah SWT!

4 bilion diderma!

4 Bilion! Kaya sungguh syarikat I'DA World Group Sdn Bhd sehingga sanggup menderma wang sebanyak itu kepada PAS. Lebih menakjubkan, dermawan sungguh Pengerusi Eksekutifnya Abdul Rahim Abdul Wahab sehingga sudi mendermakan sebanyak itu kepada PAS. Belum pernah terjadi dalam sejarah mana-mana orang kaya di Malaysia menderma wang sebanyak itu. Kalau sekadar juta-juta itu banyaklah. Ini 4 Bilion. Bayangkan....

Tapi kalau sekadar nak tulis 4 bilion atas replika bukannya susah. Kalau mahu tulis 4 trilion pun tak mengapa. Duitnya ada ke tidak? Macam budak main daun kayu buat membeli. Petik sahaja daun kayau di mana-mana pokok, lalu berjual belilah. Maka macam itulah kelakuan si Abdul Rahim Abdul Wahab itu.

Hairannya, TG Nik Aziz sendiri pun tak tahu hal sumbangan 4 bilion itu padahal di Kelantan, dialah pemimpin paling tinggi. Tidak satu pun pemimpin PAS kelantan mengetahuinya apatah lagi hadir untuk menerima wang tersebut dalam majlis yang dibuat. Cuma adik TG Nik Aziz yang bernama Nik Din yang hadir sedangkan dia bukan siapa-siapa. Cuma kerana dia adik TG Nik Aziz maka orang nampak macam ada kaitan dengan TG Nik Aziz.

Kononnya, syarikat  I'DA World Group Sdn Bhd  yang telah ditubuhkan pada April 2008 itu mempunyai aset bernilai AS $2 trilion ! Luar biasa syarikat itu. Agaknya perniagaan apalah yang dibuatnya sehingga boleh kaya sebegitu hebat sekali dalam tempah singkat. Sementelahan, kita tak pernah pula mendengar nama syarikat tersebut kerana ia tidak popular. Tidak juga nama pengerusi Eksekutifnya yang bernama  Abdul Rahim Abdul Wahab itu.  Lainlah kalau Syed Mukhtar Al-Bukhari atau Robert Kok. Jutawan tersebut memang sudah termasyhur kekayaan mereka.

Jangan-jangan, perniagaan saudagar Sidik Sigaraga. Hartanya ada di semua negeri. Tajikistan, Afghamistan, Turkiministan, Baluchistan,Pakistan dan Setan!


Wednesday, September 22, 2010

Kesedaran Islam di Makassar

Menonton sepintas dokumentari mengenai kehidupan di Makassar, Sulawesi, Indonesia, petang ini, aku membuat kesimpulan awal berikut. Tahap kesedaran agama di sana ketinggalan 30 atau 40 tahun berbanding kesedaran agama di Malaysia. Beberapa perkara boleh diambil buat menyimpulkan hal ini.

Pertamanya, pakaian pelajar perempuan SMA di sana yang tidak bertudung menggambarkan kurangnya kesedaran tentang aurat di sana. Di Malaysia, awal 50-an , 60-an dan  70-an, bukan satu yang pelik kalau ustazah sendiri hanya memakai kebaya dan selendang yang diletak di atas kepala. Isteri-isteri tuan guru sendiri belum pun menutup aurat sebagaimana halnya dewasa ini. Pakaian menutup aurat dengan jilbab yang sempurna, khususnya bagi pelajar perempuan sekolah-sekolah agama, mahasiswa universiti dalam bidang agama, isteri-isteri ulama dan tokoh Islam, sudah menjadi permandangan biasa di Malaysia. Tapi hal tersebut masih ada di Sulawesi.

Keduanya, dalam dokumentari tersebut dinyatakan juga bahawa di antara kebanggaan masyarakat Bugis Sulawesi ialah songkok bersalut benang emas yang harganya mencecah lebih RM12,000.00. Mana para ulama di tanah Makassar itu? Tidakkah mereka mencegahnya atau mereka mengatakan itu adalah adat budaya warisan bangsa yang tidak boleh dibuangkan. Islam melarang ummatnya dari kalangan lelaki memakai perhiasan dari emas dan sutera. Tak kira bangsa apa, wajiblah tunduk kepada Islam. Penguasaan adat di Malaysia memang tebal dan kental pada tahun-tahun  50-an , 60-an dan  70-an. Namun, perjuangan gigih para ulama telah berjaya mengubah kesedaran agama masyarakat. Banyak sudah amalan adat yang menyimpang dapat disingkirkan.

Bersyukurlan kita berada di bumi yang subur ini.

Tuesday, September 21, 2010

Anjing atau serigala


Nampaknya, di kalangan pemimpin UMNO timbul khilaf pendapat tentang makhluk apakah yang bernama PERKASA itu.  Samada ia seekor anak anjing atau anak serigala. Kalau anjing, sejarah sudah membuktikan bahawa jika ia dilatih dengan baik, ia akan menjadi penjaga yang amat setia kepada tuannya. Sebaliknya serigala, ia adalah haiwan yang sangat makir. Anjing bukan binatang buas lagi maging. Bunyi salakannya pun sudah biasa orang dengar dan tidak menakutkan sangat. Kecuali sekali sekala kalau salakannya panjang mendayu, timbul juga rasa seram sesetengah orang. Serigala pula, ia binatang buas dan jenis maging. Salakan melantun panjang dan menggerunkan terutama malam bulan mengambang. Seolah-olah serigala amat sensitif kepada bulan.

Cuma, sekarang ini makhluk itu masih kecil dan tengah membesar. Rupa sebenarnya belum dapat dikenal pasti kerana antara anjing dan serigala hampir sama sahaja rupanya. 

Khilaf pandangan tentang jenis apa makhluk PERKASA itu membuatkan keadaan dalam UMNO panas seketika. Bekas presiden UMNO terdahulu yang dikenali sebagai Che Det, menegaskan bahawa PERKASA itu adalah makhluk jenis anjing. Oleh itu, ia perlu dibela dan diberi makan. Kalau boleh beri makan tulang dan susu selalu kerana itulah makanan kegemarannya. Pendapatnya itu disokong oleh oleh ramai yang lain pula. Kebanyakannya adalah veteran-veteran UMNO yang berkampung dalam sebuah persatuan nostalgia bernama PENAWAR.

Tengku Adnan Tengku Mansur yang menjawat jawatan SU Agung UMNO dan DS Mohamed Nazri Aziz yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah antara pimpipinan UMNO yang pernah berpandangan bahawa PERKASA itu makhluk jenis serigala. Mereka menasihatkan agar ahli dan pimpinan UMNO menjauhkan diri daripadanya. Menurut mereka, baunya yang busuk cengih dan rupanya yang mirip nyalang itu membuatkan orang ramai curiga dan takut mendekati. Adalah dibimbangi kalau-kalau nanti orang ramai menjauhkan diri daripada UMNO dengan sebab membela anak serigala dalam rumah.

Walaupun mahkluk PERKASA itu masih kecil dan dalam proses tumbesaran, banyak juga yang simpati kepadanya. Tentunya yang simpatinya kepadanya itu kelompok-kelompok UMNO veteran yang tak ada kerja dan banyak melangut kosong di jendela. Mereka memerlukan hiburan dan melihat anjing dalam rupa biasa sudah mereka jemu. Melihat anjing yang satu ini, mereka rasa lain sebab jarang-jarang ada anjing yang berupa begini. Hendak dikatakan anjing, mulutnya muncung amat. Kadang-kadang meeka pun keliru sebenarnya. Anjing atau apa. Tapi mereka bertegas mengatakan anjing kerana cerita pasal serigala ini mereka cuma dengar. Makhluknya pun mereka tak pernah nampak. 

Namun, yang kata serigala tetap kata serigala. Maka bertikailah antara dua kelompok itu. Cukuplah masa buat makhluk baru PERKASA itu membesar. Jadi anjing atau serigala nanti, masa yang akan menentukan. Sama-samalah kita saksikan makhluk apa ia.

Akan masuk Islam beramai-ramai.

Akan berlaku pengislaman beramai-ramai masyarakat bukan Islam di Malaysia tidak berapa lama lagi. Demikianlah keyakinan yang ditauqirkan oleh YB Mohd Sabu dalam liqa' malam itu. Sikap penentangan terhadap Islam oleh bukan Islam, khususnya dari DAP, terutama yang berbangsa Cina telah menunjukkan graf penurunan yang ketara. Tolak Karpal Singh, generasi baru DAP telah menunjukkan penerimaan ketara terhadap beberapa aspek berkaitan Islam dan dasarnya. Inilah berkat persahabatan PAS dengen DAP menerusi kaedah tahalluf siyasi. Tahallauf Siyasi merupakan kedah politik yang diamalkan oleh berapa jemaah Islam yang terlibat dalam politik pilihanraya. Ikhwanul Muslimin sendiri, di peringkat negeri Mesir, menjalankan persepakatan dengan beberapa parti, sosialis malah kristian untuk memenangi pilihanraya Mesir.


Pemerintahan Islam yang dipamerkan oleh PAS menerusi pentadbiran negeri Kelantan memberikan keyakinan kepada masyarakat bukan Islam. Kelantan pernah diperintah oleh PAS hanya dengan kelebihan satu undi. Tidak pernah satu orang pun wakil rakyat daripada PAS yang melompat. Ini menambahkan lagi tsiqah kepimpinan PAS di kalangan bukan ISlam.

Jika dilihat kepada kubu-kubu kuat PAS, tempat ketiga sekarang adalah jatuh kepada kawasan Bukit Gantang yang majoriti pengundinya adalah bukan Melayu. Lebih 80% pengundinya telah mengundi PAS. Ini  menunjukkan keyakinan mereka kepada PAS. 

Islam yang mereka kenal melalui PAS ini, insya Allah akan membawa mereka memeluk Islam secara beramai-ramai. Kita perlu sabar dan berdakwah secara bijaksana. Halangannya banyak. Itu memang sudah lumrah dalam dakwah. Kita berdoa kepada Allah SWT agar Islam diperkuatkan dengan masuknya tokoh-tokoh bukan Islam ke dalam Islam.

Zaman kejatuhan dan kemewahan

Semalam, dalam liqa di rumah seorang sahabat, YB Mohd Sabu telah memberi ucapan kepada yang hadir. Beliau mengimbau sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam sepanjang sejarah. Yang hadir, mendengar perkisahannya dan pengajaran yang boleh diambil daripada episod sejarah tersebut.

"Ketika anda berada di Madinah, di puncak  sebuah hotel penginapan yang tinggi, dengan sebuah peta imaginasi  Madinah di zaman Rasulullah SAW di tangan, sambil mata melihat pembangunan Madinah masakini, cuba bayangkan, bagaimana satu kelompok kecil yang tinggal di sebuah padang pasir, dengan beberapa kebun kurma mengelilingi penempatan mereka, mampu mengalahkan kerajaan besar Rom dan Parsi? Sudah tentu ada sesuatu pada mereka. Sesuatu yang tidak ada pada kerajaan besar itu...", beliau mengajak kami berfikir.

Bagaimana mereka tidak kalah kepada kerajaan kecil ini. Saat delagasi dari kerajaan itu datang mencari-cari di mana istana besar tersergam khalifah Islam, Umar Al-Khattab, mereka tidak menjumpainya. Sebaliknya, mereka menemui Umar Al-Khattab sedang duduk berbaring di bawah sepohon tamar. Sangka mereka, yang namanya pemimpin itu seperti pemimpin negeri mereka yang bersalut kemegahan, di atas katil mewah, dalam istana besar, di kelilingi dayang-dayang dan dikawal penjaga yang gagah perkasa.

Bagaimana mahu mengalahkan sebuah negara yang pemimpinnya tidak ditemui rumah penginapannya?

Pemimpin yang sebegini dalam dunia hari ini sukar di cari. Ketika berdepan dengan negara Iran yang presidennya datang ke pejabatnya membawa bekalan dari rumah, tentunya disediakan oleh isteri, Amerika Syarikat menjadi gementar. TG Nik Aziz, menteri besar Kelantan dikagumi oleh rakyat bukan Islam di Malaysia kerana membawa sikap pemimpin yang sebegini. Dia tidak punya istana besar sebagai tempat tinggal. 

Lain halnya dengan apa yang sedang dibuat oleh kerajaan sekarang. Sebuah istana besar yang nilainya dijangka akan menjangkau 1.2 bilion bila siap kelak , sedang dibina buat tempat tinggal pemerintah tertinggi dalam negara ini iaitu Yang dipertuan Agung. Belum lagi dikira rumah-rumah pemimpin kerajaan di segenap peringkat. Jika diselak lembaran sejarah, kita dapat lihat bagaimana kedudukan kerajaan hebat dunia saat mereka jatuh tersungkur menyembah bumi. Kerajaan Kostantinopel, ketika istananya ditawan oleh Sultan Muhammad Fateh,ia bertatahkan intan dan zamrud. Mahkotanya bertatahkan intan dan lilin istananya dibuat daripada emas seberat kira-kira 20 kg. Belum lagi singgahsananya yang dibuat daripada emas permata. Kehidupan mewah sebegitu membawa kepada kejatuhannya.

Kerajaan Islam juga menempa jalur yang sama. Saat kemewahan telah berkuasa, kejatuhan pun datang. Lihat sahaja kerajaan Mongol di India. Begitu hebat kerajaan Mongol sehingga dapat menguasai benua India yang ramai penduduknya beragama Hindu. Diriwayatkan dalam sejarah, kerajaan Mongol di zaman sultannya Muhammad Jalaluddin Akbar dapat menguasai seluruh India kecuali wilayah Rajashtan di bahagian utara. Saat itu, Sultan itu sudah malas menjalankan tugas meluaskan pemerintahan Islam dan semangat jihad rakyat pun tidak dibangkitkan. Raja wilayah Rajashtan yang mempunyai seorang puteri jelita bernama Juda telah menghantarkan puterinya kepada Sultan Akbar untuk dikahwini. Sultan Akbar terpesona dengan kecantikan puteri Rajashtan tersebut sehingga dia rela memenuhi semua syarat perkahwinannnya. Juda mensyaratkan agar dia boleh kekal dalam agamanya dan dibenarkan dia membina kuil dalam bilik tidurnya.  Inilah satu-satunya pemerintah sebuah negara umat Islam dalam sejarah yang menikahi wanita musyrik. Akhirnya Juda dipilih menjadi permaisuri Mongol. Bermulalah saatnya Akbar mengubah hukum hakam Islam dan mencipta agama baru untuk menyatukan rakyatnya. Agama baru yang diberi nama "Den Ilahi".

Inggeris sangat mengagungkan pemerintahan Sultan Akbar kerana dialah yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Mongol di India dan bertapaknya kekuasaan Inggeris di benua kecil itu.

Dalam dunia ini, tidak pernah tercatat negara Islam jatuh dengan sebab kemiskinan. Semua wilayah ISlam jatuh kerana faktor kemewahan. Apabila sudah muncul pemimpin Islam yang sanggup menunjukkan contoh kesederhanaan dan tidka termakan dengan fitnah kemewahan, itulah saatnya Islam akan kembali menguasai dunia.

"Saya optimis, jika anda semua, pemuda-pemuda yang hadir pada malam ini dipanjangkan usia, mungkin 10, 20 atau 30 tahun mendatang, akan sempat menyaksikan Yahudi dapat dihalau keluar dari tanah suci Al-Aqsa!", Mohd Sabu menegaskan.

Kita ke arah menakluk putrajaya. Jalannnya memang sukar. Tapi kita pasti ke sana. Yakin dan bersabarlah...

Monday, September 20, 2010

Sultan Sulu dan Sabah

Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

Ketika penjajahan Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan tersebut  dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00 setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang amanah.

Beberpa tahun yang lalu kerajaan Malaysia dikejutkan oleh tuntutan daripada pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu ke atas negeri Sabah. Sehingga kini, kerajaan Filipina sendiri mendakwa punya hak  ke  atas Sabah dan menuntutnya daripada kerajaan Malaysia.

Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.

Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

Ada cadangan agar sultan Sulu itu diterima menjadi Sultan Sabah. Dengan itu, sabah akan jadi sepertimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung yang ada sultan masing-masing Namun, cadangan ini hanyalah cakap-cakap kedai kopi. Kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah punya minat terhadap idea sebegini.

Zaman kesultanan sudah berlalu. Sultan yang ada dewasa ini hanyalah warisan yang dikekalkan dan tidak tahu selama mana ia akan terus kekal. Tidak akan berlaku lagi sebagaimana zaman dahulu di mana seorang sultan bagi wilayah dan empayar baru dinobatkan. Rakyat sesebuah negara dalam dunia hari ini sudah mendapat pendedahan ilmu pengetahuan dan bukan lagi berjiwa hamba yang menjadi ciri utama rakyat yang bersultan. Rakyat lebih suka memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri berdasarkan hukum merit.

Sekarang bukan lagi zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri paling berprestij dan menjadi impian mat jenin  untuk dikahwini rakyat. Kini  wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!

Apa untungnya buat rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada, hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa. Akan akan terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan jika kita melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya, kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi terhadap tanah negeri mereka sendiri.

Islam menyuruh kita memilih orang yang paling  mempunyai keahlian untuk memimpin. Apabila pemimpin yang dipilih bukan ahlinya, kata Nabi SAW dalam hadisnya, tunggulah sa'at kemusnahan dan kehancuran.  Keahlian kepimpinan bukan dinilai berdasarkan darah dan keturunan. Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan dan darah Sultan. Keturunan tetap dari bani Adam. Darah tetap merah juga. Dari satu sudut yang lain, keturunan sultan tidak lebih baik daripada rakyat biasa. Jika ditoleh asal muasal macam mana seorang sultan mula wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari sejarah yang penuh konflik. Pada zaman manusia menggunakan hukum rimba, siapa kuat dialah yang menang, siapa kaya dialah yang berkuasa, muncullah para pemuka pelbagai kumpulan menguasai dan kadang-kadang menindas rakyat.

Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau  didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan,  ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.

Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Dewata itu sendiri hanya metos orang hindu. Dongeng dan khurafat cerita yang meriwayatkan asal-usul keturunan  raja-raja Melayu dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketerunan dari Iskandar Zulkarnain puteri Aqtabul Bahri dari negera sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.

Justeru, kalau mahu melantik Sultan, carilah orang paling tinggi merit dalam masyarakat. Realiti politik dunia hari ini, orang yang sebegini tidak lagi dinamakan sultan. Sultan itu datang daripada keturunan tertentu. Kerana bukan mulia dan hebat keturunan yang melahirkan salasilah sultan-sultan, dasar apa untuk kita memenjarakan akal fikiran kita mencari-cari titis keturunan sultan Sulu buat dinobatkan di Sabah. Kalaupun nenek moyang mereka pernah menjabat kedudukan istimewa di rantau Sulu, nenek moyang mereka jugalah yang menjual, memajak dan melepaskan pegangangan ke atas tanah Sabah ini. Lagipun, nenek moyang mereka itu bukanlah peribumi yang lahir di bumi Sulu. Bukankah pengasas kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dari Johor pula. Siapa dia, sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan. Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih mengenali watak dan perngai Arab dalam dunia terbuka hari ini.

Kesimpulannya, kisah kesultanan Sulu itu kisah sejarah. Kita sedang melangkah ke hadapan dan tidak perlu berpatah balik ke belakang. Negeri kita telah merdeka dan bebas. Bebas dari cengkaman penjajah. Bebas juga dari pemerintahan kuku besi yang menggunakan nama kesultanan. Rakyat telah mendapat hak bersuara dan memilih pemimpin pilihannya sendiri. Usahlah kita terhimbau dengan sekerat cerita hikayat yang diriwayatkan penulis-penulis silam yang menggambarkan kegemilangan pemerintahan kesultanan. Ia bukan kegemilangan rakyat, tetapi kegemilangan elit pemerintah yang terpilih dan membanggakan kerabat dan keturunan mereka.

Sabah tidak memerlukan seorang Sultan.


Usahawan kosmetik tidak bahagia

Terbunuhnya usahawan kosmetik Dato' Sosilawati Lawiya dengan cara yang mengerikan memberikan kita beberapa interpretasi. Apa yang berlaku di sebalik kejadian itu sebenar-benarnya, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Rupanya kehidupan seorang yang bergelar jutawan itu miskin. Sungguhpun mewah herta benda dunia, mereka miskin keselamatan. Peristiwa ini menjadi hujah buat kita bahawa keselamatan hidup bukan terletak pada harta yang berjuta-juta nilainya. Demikian juga bahagia. Ia tidak diukur berdasarkan pencapaian duniawi. Tanpa rasa selamat, bagaimanalah hendak datangnya bahagia.

Barangkali mereka dapat menyebarkan kegembiraan kepada ramai orang melalui produk kecantikan mereka. Mereka dapat membahagiakan para pelanggan dengan hasil yang diperolehi dari menggunakan produk keluaran mereka. Namun, itu bukan jawapan untuk mereka membahagiakan diri mereka sendiri.

Kematian Dato' Sosilawati Lawiya masih menjadi menjadi tandatanya. Sekurang-kurangnya kematiannya itu menjadi tandatanya sepanjang hidup mereka yang mengikuti kesnya sehinggalah ke kesudahannya. Tidak ada siapa boleh menghukumkan kematian yang bagaimana dia telah tempuhi. Apakah khatimahnya? Orang hanya mengetahui bahawa dia telah mati dibunuh dan mayatnya dibakar. Sungguh kejam si pembunuh itu. Kronologi yang membawa kepada kejadian itu tetap kekal menjadi misteri dan hanya sangkaan belaka.

Lain halnya dengan kematian seorang sahabatnya yang juga ahli perniagaan kosmetik iaitu Sarina Jaafar yang mengasaskan Kosmetik Aveer. Dia didapati mati membunuh diri dengan cara menggantungkan diri dalam bilik tidur rumahnya. Kejadian itu berlaku beberapa minggu setelah kejadian pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya dilaporkan media. 

Alangkah buruk cara kematian yang dipilihnya! Itulah cara yang sangat su'ul khatimah.

Pengusaha kosmetik yang kita nampak seperti orang bahagia, rupanya menghadapi konflik jiwa dan tidak bahagia dalam hidup. Baik sahaja jadi orang miskin daripada hidup dalam ketakutan. Baik sahaja jadi orang hudoh yang punya hati yang cantik daripada orang cantik yang punya hati yang hudoh. Bahagia tidaknya bukan terletak pada harta. Demikian, hudoh dan cantik yang sebenarnya adalah dalam hati.

Kalau mati masuk syurga itulah kebahagiaan yang terbesar...


Sunday, September 19, 2010

Antara buih dan tembikar

Bila Allah kehendaki, kesatuan ahzab menjadi porak peranda. Mereka saling hilang kepercayaan antara satu sama lain. Bara prasangka ditiupkan menumbuhkan percikan api yang kemudian menyala oleh lelaki beriman yang menyusup ke barisan musuh telah direstui oleh Rasulullah SAW. Kata Rasulullah memberi pengesahan usaha siasat lelaki beriman tadi, peperangan adalah tipu daya. Maka, adu domba antara  kesatuan dalam ahzab adalah tipu daya yang diabsahkan oleh Rasulullah dalam peperangan.

Hari ini, kita melihat betapa dalam parti ahzab bernama Barisan Nasional mengalami kegoncangan dan saling hilang kepercayaan antara satu sama lain.  Sepertinya, ia menanti hari-hari terakhir yang retak menunggu belah. Kelahiran PERKASA yang berperangai budak nakal dalam kelompoknya merumitkan keadaan. Kritikan pedas Nazri Aziz terhadap PERKASA dan kemudiannya menjalur terhadap Utusan Malaysia yang didakwanya tidak setia kepada PM tetapi berkiblat kepada Dr. Mahathir telah mengundang pertengkaran dalaman sesama mereka.
 
Allah telah sirnakan nama-nama besar yang memerintah. Apakah sukar bagi Allah mensirnakan nama-nama pemimpin yang disebut sebagai negarawan di negara kita ini. Tempelkanlah dengan gelaran apapun, jika tidak meninggalkan jasa bakti yang diakui oleh agama, namanya akan menjadi seperti buih yang kemudiannya akan pecah dan sirna. Namun, ada yang namanya kekal di dunia laksana barang tembikar.


Tujuan hidup

Apakah tujuan hidupmu? Inilah persoalan yang perlu kau renung dan fikirkan sedalam-dalamnya. Apakah tujuan hidup kita untuk makan? Maka, kalau begitu, selepas makan sekenyang-kenyangnya, apakah lansai sudah tujuan hidupmu? Tidak. Seorang yang sudah kenyang, ternyata masih punya tujuan-tujuan tertentu yang lain. Mungkin dia mahu tidur. Apakah tidur itu menjadi tujuan hidup? Setelah puas tidur, seseorang itu akan bangun dan mula memikirkan apakah tujuannya. Bekerja dan menjadi kaya? Dapat isteri cantik dan kemudian ada anak yang ramai. Mungkin juga ada orang yang meletakkan pangkat dan darjat tertentu sebagai tujuan hidupnya. Letaklah seribu satu tujuan hidup, manusia tidak akan pernah merasa puas.

Nabi SAW menggambarkan bahawa manusia ini, jika diberikan dua lembah yang penuh emas, dia akan mengimpikan lembah yang ketiga. Tidak yang boleh memberikan kepuasan kepada manusia melainkan tanah. Apabila tanah disumbat ke dalam mulutnya, itulah saatnya dia mula berasa kenyang dengan dunia.

Maka, tujuan hidup kita apa? Soalan ini tak akan ada jawapan tepat kalau kita memikirkan jawapannya dengan menggunakan akal kita. Kita memerlukan wahyu buat membimbing kita mengenai tujuan hidup kita. Dalam Al-Quran telah dijelaskan apa tujuan hidup kita.

Allah berfirman:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون 
 
"Tidaklah Aku  jadikan manusia dan jin melainkan bertujuan agar mereka menyembah aku".
(Surah Adzariyat: Ayat 56)
Nah, itulah tujuan hidup kita. Menyembah Allah. Menyembah Allah ertinya menjadi hamba Allah. Segala yang kita buat dalam dunia biar sesuai dengan kedudukan kita sebagai hamba Allah. Janganlah pula berlagak menjadi tuan kerana tujuan kita adalah menjadi hamba.

Facebook itu adalah dunia

Aku ada facebook. Tapi, facebook tidak memenuhi citarasaku. Aku suka laman blog berbanding facebook. Facebook itu sesuai buat mereka yang tak suka menulis dan hanya suka berbual dan bertukar mesej. Itu bukan kegemaranku dalam melayari dunia internet. Aku suka kalau dapat menulis dan membaca tulisan orang. Bagiku, dunia internet adalah medan menyatakan pandangan dan mendalami pandangan orang lain. Ia juga sebagai sumber pengetahuan melalui laman-laman web ilmiah yang berbagai-bagai. Sejauh ini, sebarang persoalan dan kemusykilan dalam agama terjawab dengan merujuk kepada lama-lama web pilihanku. Aku dapat mencari ayat Quran dan hadis nabi dengan cepat melalui internet. Aku juga boleh mengenali mana hadis saheh atau palsu melalui carian internet.

Kini, menerusi pelbagai pendedahan dan ulasan pelbagai pihak, kenyataan sebenar facebook makin terdedah. Sememangnya facebook menjadi kancah longgokan dosa apabila di sana banyak gambar yang tidak sepatutnya dipaparkan untuk tatapan ornag ramai. Semacam satu kegilaan di kalangan remaja, malah kaum ibu memaparkan wajah-wajah dan figure mereka kepada khalayak. Aktiviti harian mereka dipaparkan di facebook untuk santapan mata ramai orang.

Penampilan menggoda, berpakaian sendat dan senyuman yang menggoda menyebabkan pasangan bukan muhram dapat bertukar gambar dengan mudah. Bukan sahaja setakat pasangan kekasih, malah siapa-siapa sahaja boleh melihat dirinya.

Kalau dari sisi buruk ini, memang benar facebook itu bala akhir zaman. Namun, persoalan serangan kemajuan teknologi ini bukan perkara baru. Dulu, waktu tv mula diperkenalkan kepada masyarakat, sesetengah anggota masyarakat melihat tv sebagai dajal dan panggong wayang yang masuk ke dalam rumah.  Ada yang mengambil tindakan keras mengharamkan tv. Namun, akhirnya tv menguasai. Ia adalah alat moden yang tidak dapat dihalang. Dalamnya ada kebaikan dan keburukan. Siapa yang mengambil yang buruk, yang buruklah lahir. Siapa yang menggunakan untuk kebaikan, amat banyak pula kebaikannya.

Demikian juga facebook. Kalau tanya pasal hukum facebook kepadaku, aku suka menjawab bahawa hukumnya sama dengan hukum internet, hukum tv dan hukum astro. Malah, sebenarnya hukum facebook itu samalah dengan hukum dunia. Dunia akan jadi baik jika berada di tangan orang beriman tetapi akan jadi rosak jika di tangan orang yang tidak beriman.

Justeru, gunakan facebook dengan baik. Kita takkan mampu menepis kemajuan laman pelayar facebook ini. Namun, masyarakat perlu dididik agar memahami sejauh mana keterlibatan mereka dalam facebook.

Saturday, September 18, 2010

Elit Pemerintah Ala Firaun

DS Anwar Ibrahim dalam ucapannya sering menggambarkan bahawa negara kita sedang diperintah oleh elit pemerintah yang melebelkan diri mereka sebagai manifestasi pemerintahan orang-orang Melayu. Elit pemerintah tersebut duduk dalam sebuah parti bernama UMNO. Apabila pemerintahan UMNO ditentang oleh orang Melayu, maka dikatakan kepada para penentang itu sebagai pengkhianat bangsa. Ini kerana, menurut kalangan elit pemerintah tersebut, Melayu itu UMNO dan UMNO itu adalah Melayu.


Pemerintahan UMNO dewasa ini bukan lagi mewakili pemerintahan bangsa Melayu walaupun siang malam parti itu mendakwa ia mewakili bangsa Melayu. Nasib Melayu tidak pernah terbela menurut sepatutnya sepanjang pemerintahan UMNO. Rakyat paling miskin masih lagi ramai dari kalangan bangsa Melayu. Tanah-tanah warisan Melayu banyak yang telah dikorbankan.Selama lebih 50 tahun dasar ekonomi yang kononnya membela orang Melayu melalui DEB, akhirnya dasar itu dimaklumkan tidak mencapai sasaran 30 peratus ekuiti yang disasarkan. Lalu, sikap dan tabiat bangsa Melayu dijadikan punca masalah.

Firaun yang memerintah negeri Mesir mendakwa ia mewakili bangsa Qibti untuk menguasai ke atas bangsa Bani Israil. Namun, Firaun sebenarnya memerintah bersama dengan elitnya. Dalam Al-Quran, Allah SWT selalu menyebutkan, "Firaun Wa Mala ihi"( Firaun dan pembesar-pembesarnya). Merekalah sebenarnya yangb memerintah dan menindas rakyat. Mereka menimbulkan perasaan takut kepada rakyat. Umpamanya, Firaun mendakwa bahawa segala tali air yang mengairi perladangan di Mesir adalah di bawah kekuasaannya. Bila-bila masa dia mahu, dia boleh memutuskan bekalannya.

Beberapa hari lepas, Awang Adik mengancam rakyat Kelantan dengan mengatakan bahawa jika mahu air bersih di Kelantan, undilah UMNO dalam PRU ke-13 nanti. Ertinya, kalau tak undi UMNO-BN, kekallah kamu semua hai rakyat Kelantan dengan masalah sumber air besih yang tak selesai itu. Inilah corak pemerintahan Firaun yang hanya mengenakan cara menakut-nakutkan rakyat.

Ketika aku makan di sebuah kedai mamak, dan memesan segelas air kosong, waktu mahu membayar harga makananku hari itu, aku bertanya berapa harga segelas air kosong yang kuminum. 

Dia berkata:

"Air kosong percuma, haram dijual...ia anugerah Allah buat kita semua". 

"Mengapa teh tarik dijual, ia juga air?", aku bertanya menduga.

" teh tarik ini guna gula dan susu", mamak itu memberi alasan.

Elit yang memerintah itu, dibujuk ketamakan melampau, semuanya dijual. Air seharusnya percuma buat rakyat. Tetapi, air dijual. Sudahlah dijual, harganya pula tinggi dan sentiasa dinaikkan saban tahun. Air pula dijadikan umpan untuk memperolehi kuasa politik.

Ya Allah...semoga kudratMu membuktikan. Tumbangkan kekuasaan pemimpin ala-Firaun dari muka bumi ini...

Beza PAS dan HT

Seorang remaja, dengan rasa ingin tahu bertanyaku apakah bezanya antara PAS dengan HTM.Aku cuma menjelaskan 2 perbezaan menyolok antara dua firqah politik ini. 

Pertama, PAS menerima dan mengaplikasikan sistem demokrasi sebagai wahana menegakkan Islam melalui kekuasaan daulah. Manakala HTM menolak sistem demokrasi dan menyifatkannya sebagai sistemn kufur yang haram disertai, disokong atau diperjuangkan. Justeru, sejauh penubuhan PAS, ia terlibat dalam amalan demokrasi dan menjauhi metod keganasan revolosi. Perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan adalah satu usaha mengubah minda rakyat agar menyokong perjuangannya kerana hanya dengan sokongan mojoriti sahaja PAS dapat menang di pentas demokrasi. Manakala HTM, perjuangan tidak melalui demokrasi dan tidak juga melaui revolusi. Ia lebh merupakan perjuagan idea menegakkan khalifah dengan mendakwa menggunakan manhaj nubuwwah iaitu "nusrah".

Kedua, PAS menyertai pilihanraya. Setiap kali parlimen dibubarkan, PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk diundi oleh rakyat. Ada calonnya yang menang dan ada yang tewas. PAS mentafsirkan pilihanraya sebagai peperangan zaman ini yang menyerupai peperangan di zaman Rasulullah SAW. Peperangan zaman nabi, tujuannya adalah mengangkat kalimah Allah agar menjadi berkedudukan tinggi di kalangan manusia, maka demikian pula peperangan pilihanraya, ia adalah bertujuan mengumandangkan suara Islam dalam parlimen dan dengan itu diharapkan akan meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi dalam bernegara.


Inilah dua perbezaan menyolok antara PAS dan HTM. Remaja tadi bertanya apakah adakah PAS di luar negara kerana katanya ada anggota HTM mendakwa HTM ada di seluruh dunia. Aku menegaskan bahawa perjuangan Islam bukan untuk PAS atau HTM. Perjuangan Islam adalah untuk Islam. Di mana-mana serata cerok rantau dunia, mereka yang berjuang untuk Islam adalah sama. Tidak mungkin satu parti yang sama berjuang di setiap rantau bumi. Hanya Islam yang merata di segenap pelusuknya. Islam itu boleh diperjuangkan dengan wadah yang berbagai-bagai. Di bumi Palastin, ada HAMAS yang mendominasi sokongan rakyat. Ia adalah sebuah parti politik yang pernah meladeni demokrasi dan pernah menyertai pilihanraya. Walaupun kemenangannya dalam pilihanraya pernah dinafikan, itu bukan alasan untuk mengatakan tiada guna menyertai pilihanraya. Yang namanya perjuangan, kemenangannya bukan bererti penguasaan semata-mata. Kemenangan dalam Islam, sama ada menguasai atau syahid.

Lagipun, tidak juga kumpulan yang mengambil pendekatan lain daripada demokrasi dan pilihanraya berjaya membuktikan bahawa pendekatan itu membawa kemenangan kekuasaan atas yang lain.

Di setiap negara umat Islam, ada parti yang menyertai pilihanraya. Islam menggalakkan kita meminimakan darar  sekalipun dalam memperjuangkan agama Allah SWT.

Susu 1 Malaysia

Perdana Menteri mengumumkan bahawa program Susu 1 Malaysia akan dilancarkan mulai bulan depan kepada semua murid sekolah rendah. Katanya, dia mahu melihat rakyat Malaysia menjadi lebih besar tubuh badan dan cergas otaknya. Program ini akan melibatkan smeua sekolah rendah dari Perlis hingga ke Sabah.

Cita-cita perdana menteri untuk melihat rakyat Malaysia yang akan datang lahir sebagai generasi yang besar tubuh badannya dan cergas otaknya adalah cita-cita yang murni dan berwawasan. Banyak faedahnya kalau tubuh badan besar dan otak pun cergas. Nanti, kalau masuk pertandingan bola sepak, ada harapan sampai ke peringkat dunia dan potensi meraih juara dunia terbuka jalan. Yang lebih penting, kita akan menjadi rakyat sebuah negara yang digeruni dan kelau berperang, kita akan menang perang.

Namun, bolehkah program Susu 1 Malaysia ini dapat merealisasikan cita-cita tersebut? Rancangan Makanan Tambahan yang dilancarkan sebelumnya pun punya tujuan yang sama. Namun RMT hanya menjadi lombong duit pengusaha-pengusaha makanan dan tidak menjadi jalan untuk murid-murid sekolah menjadi besar fizikal dan sihat. Padahal, jutaan wang ringgit dikorbankan untuk RMT.

Kini, ditambah pula dengan Susu 1 Malaysia. Diharapkan ia bukan sahaja menambahkan lombong buat pembekal tetapi susu yang dibekalkan dari kualiti yang rendah dan tidak mampu melonjakkan tumbesaran murid-murid melebihi pertumbuhan biasanya.

Di Sabah, murid-murid telah dibekali Program Susu Sekolah yang disumbangkan oleh Yayasan Sabah. Namun, susu-susu yang dikemukakan itu, tidak menjadi sarana berkesan mencapai sasaran tumbesaran fizikal murid-murid, apalagi menambahkan kecergasan mindanya. Harus ada mekanisme yang berkesan mendisiplinkan rakyat bagi setiap program yang kerajaan lakukan agar matlamat di sebaliknya dapat dicapai. Namun, yang lebih penting adalah jangan telunjuk lurus kelingkin berkait bagi setiap program yang dilancarkan kerajaan.



Friday, September 17, 2010

Kuasa buat menegak agama

Kerajaan Allah amat luas. Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi adalah kerajaan Allah semuanya. Di antara keduanya, berapa banyak planet, bintang, bulan dan matahari, semuanya kerajaan Allah jua. Bumi ini, laksana sebiji pasir dalam kerajaan Allah yang maha luas. Lalu manusia dipilih menjadi khalifah di bumi. 

Sudah tentu bumi ini planet yang paling istimewa antara sekian banyak planet di cakerawala luas ini. Kalau tidak, masakan Allah pilih manusia untuk menjadi khalifah di bumi?

Di bumi yang sekecil pasir ini, manusia berebut kekuasaan. Allah memberi kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia juga mencabut kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Kekuasaan sebenar hanya milik Allah SWT.

Lihatlah bagaimana manusia berebut kekuasaan di bumi. Antara satu negara dengan satu negara terjadi peperangan kerana berebut hak dan kekuasaan untuk menjadi pihak yang menguasai satu pihak yang lain. Malah, dalam satu negara yang sama, rakyatnya berebut kekuasaan untuk menjadi penguasa yang menguasai satu pihak yang lain. Kadang-kadang negeri itu cuma sebuah tanah kecil atau sebuah pulau seketul di tengah laut. Dalam negeri, daerah, mukim,  kampung, malahan tanah dusun sekangkang kera, manusia berebut kekuasaan. Perebutan itu menimbulkan permusushan dan kekadang membawa kepada peperangan atau pembunuhan.

Demikian hebatnya pengaruh kekuasaan. Namun, kekuasaan apapun yang diburu dalam dunia ini, satu hakikat yang jangan dilupa oleh orang yang berfikir ialah tiada kekuasaan yang kekal. Hebat Firaun berkuasa, satu saat Allah telah mencabut kuasanya. Betapa miskinnya nabi Muhammad daripada kekuasaan, satu saat Allah memberinya kekuasaan. Kekuasaan yang tidak tamat dengan kematiannya. Kekuasaan nabi Muhammad lestari sepanjang zaman di bawa nama ummatnya.

Malaysia ini bukan negara besar. Kecil sekali dalam peta dunia. Sekali fikir, apalah ertinya berebut kuasa pemerintahan. Namun, manusia secara fitrahnya memang sukakan kekuasaan dan berebut kuasa. Sebab itu berlaku perebutan kuasa yang tidak kunjung padam.

Namun, berebut kuasa untuk semata-mata berkuasa bukanlah sikap hamba Allah yang beriman. Orang-orang beriman, memburu kekuasaan untuk menegakkan agama Allah dalam pemerintahan. Ini adalah tujuan murni perebutan kuasa. Jika seandainya kerajaan yang memerintah tidak menegakkan agama Allah SWT dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya, maka menjadi kewajipan bagi mereka yang beriman untuk merempas kekuasaan tersebut bagi menegakkan agama Allah.

Sebab itu, kita berjuang.....


Deposit RM60,000.00 dipulangkan

Untuk menyambut Hari Malaysia dengan hidangan konsert penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, kerajaan negeri Pulau Pinang membayar RM60,000.00 kepada Siti Nurhaliza Production. Walau bagaimanapun, konsert yang dijadualkan pada 16 September tersebut dibatalkan kerana penyanyi tersebut telah dinasihatkan oleh dokter sakit puan yang merawatnya agar tidak membuat sebarang perjalanan atau terlibat dalam aktiviti fizikal ketika dalam proses rawatan.

Wallahu a'lam. Sebelum ini penyanyi tersebut banyak membuat persembahan dalam program-program anjuran kerajaan. Mungkin, oleh kerana program ini anjuran kerajaan PR di Pulau Pinang, ada pihak yang mahu beliau menarik diri dengan menggunakan alasan sakit puan. Kalau tahu sakit puan, kenapa diterima jemputan tersebut pada mulanya. Apakah sakit puan itu baru muncul setelah tawaran persembahan diterima. Ini cuma sebuah andaian. Mungkin dia bertul-betul sakit.

Aku tak minat Siti Nurhaliza dan nyanyiannya. Biarlah dibatalkan pun. Bukan rugi apa-apa. Kalau buat pun, bukan aku  menontonnya.

Cuma, dari kejadian itu, kita mendapat tahu bahawa untuk sebuah persembahan penyanyi tersebut, ia memerlukan kos deposit sebanyak  RM60,000.00. Itu dari kerajaan Pulau Pinang yang kita tahu mengamalkan budaya berjimat cermat. Bagaimana kalau oleh kerajaan lain. Bayangkan, kalau seorang penceramah atau motivator terkenal yang dijemput untuk menyampaikan ceramah atau motivasi beliau sempena Hari Malaysia tersebut, apakah bayarannya mencapai angka tersebut. 

Harga hiburan nyanyian itu dirafakkan setinggi itu, tetapi harga ilmu dan semangat direndahkan nilai.

Menurut Lim Guang Eng, bayaran deposit itu akan dipulangkan oleh syarikat Siti Nurhaliza Production bersama kos-kos lain. Rakyat diberitahu hal ini. Rakyat memang berhak tahu. Rakyat tidak mahu wang negeri dibazirkan tanpa hasil dan pulangan sebagai kerajaan persekutuan bazirkan wang rakyat membayar pampasan jambatan bengkok menghubungkan Johor-Singapura sebanyak RM200 juta.