Syura bukan demokrasi. Ya, memang syura bukan demokrasi dan demokrasi bukan syura. Keduanya tidak sama. Namun, dalam demokrasi ada syura, Syura tidak ada dalam sistem raja mutlak. Syura tidak ada dalam sistem kuku besi. Puak HT mendakwa bahawa syura dan demokrasi tidak punyai kaitan atas alasan berikut:
Demokrasi menjadikan suara rakyat sebagai pemutus. Ini bukanlah apa yang dimaksudkan dengan syura kerana pemutus mutlak dalam Islam adalah syariah.
Itu memang sudah kita maklumi. Siapa menafikan bahawa pemutus mutlak dalam menentukan hukum adalah syariah? Dengan kata lain, hanya Allah sahaja memutuskannya. Bukan rakyat.
Tetapi demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat!
Saudara...dalam demokrasi pun, bukan semua rakyat memutuskan. Rakyat hanya mengundi memilih pemimpin. Tidak ada satu pun undang-undang yang diluluskan di parlimen itu diundi oleh setiap rakyat. Ahli parlimenlah yang mengundikannya sama ada sesuatu undang untuk diabsahkan atau ditolak. Begitulah sisitem demokrasi meluluskan undang-undang. Jadi bukan raktay semuanya. Tapi, oleh kerana rakyat yang memilih ahli parlimen itu, dikatakan rakyat yang meluluskan undang-undang tersebut atau menolak undang-undang tersebut.
Bagaimana untuk merealisasikan pemutusan hukum oleh syariah semata-mata? Siapa yang akan mewakili Allah? Sudah tentu di sini timbul persoalan. Memang syariah pemutus tapi syariah bukan orang! Apakah puak HT mahu mengatakan khalifah seorang sahajalah yang memutuskan sebab dia mewakili Allah. Tak perlu mesyuarat dengan rakyat sebab melaksanakan hukum Allah tak perlu mesyuarat. Khalifah bukan Allah. bukan juga nabi. Bukan sahabat nabi. Khalifah manusia biasa yang terdedah kepada godaan syaitan.
Melalui cara demokrasi, rakyat memilih sekelompok ahli parlimen untuk memutuskan hukum. Jika ahli parlimen yang dipilih itu kalangan yang beriman dan bertakwa, mereka akan mengundi menegakkan hukum Allah. Sepatutnya tak payah diundi pun. Memang hukum Allah tak layak diabsahkan dengan undi manusia. Tetapi itu cuma formaliti dalam pemerintahan. Dalam iman dan akidah, hukum Allah hendaklah tertegak biarpun manusia mengundi menafikannya.
Demikian juga, kalau khalifah yang dipilih itu beriman dan bertakwa maka dia akan menegakkan hukum Allah. Sebenarnya hukum Allah tegak bukan dengan pengabsahan khalifah pun. Dia tak layak mengesahkan hukum Allah kerana hukum Allah sememangnya mahu tak mahu wajib ditegakkan. Tiada pilihan!
Tapi, bagaimana hendak memilih khalifah yang beriman dan bertakwa. Dalam sejarah, ada khalifah yang teruk sekali iman dan takwanya. Hari ini puak HT mengakui dia sebagai khalifah juga kerana bagi puak HT khalifah hanya tamat pada tahun 1924. Sebelum itu, khalifah sentiasa bersilih ganti.Tak mengapalah. Biar zalim macam mana pun, dia khalifah juga. Cuma, kita melihat satu kenyataan bahawa yang nama khalifah itu tak semestinya manusia terbaik.
Sistem pewarisan tahta yang digunakan untuk mengangkat khalifah (kemudian katanya ada bai'ah yang mengesahkannya) ternyata tak mampu memilih orang terbaik menjadi khalifah. Kekadang mojoriti rakyat tidak menyukainya. Kerana rakyat tidak sukakannya, ada khalifah tertentu yang menggunakan besi untuk memaksakan kerelaan rakyat atas perlantikannya.
Sistem demokrasi pun belum tentu mengangkat pemimpin yang terbaik. Manusia boleh bertopeng malaikat dan menyembunyikan kesyaitanannnya sehingga rakyat tertipu dan mengundikannya. Tapi, demokrasi memberi ruang rakyat memilih dan menjatuhkan pemimpin. Korban penggulingan tidak seteruk menggulingkan pemimpin yang terangkat dengan sebab pewarisan tahta. Kita telah lihat sepanjang sejarah apa akan berlaku kalau seorang raja mahu digulingkan.
Persoalan sekarang bukan berkisar mengenai siapa pemutus hukum. Rakyat atau Allah? Memang Allahlah pemutus hukum yang satunya. Tak payah didebatkan lagi.
Demokrasi kata dari rakyat untuk rakyat. Itu falsafah. Perlaksanaannya secara praktikal adalah dari ahli parlimen untuk rakyat.
Kalau kita kata dari khaliq untuk manusia, perlaksanaannya bagaimana? Tak guna dendangkan sesuatu yang kita tak tahu cara melaksanakannya. Cara melaksanakannnya itulah yang perlu melibatkan manusia.
Apakah bila manusia terlibat kita katakan telah ternafi hak mutlak Allah tersebut?
Apakah bila manusia terlibat kita katakan telah ternafi hak mutlak Allah tersebut?
Kalau begitu bagimana menjaga hak mutlak Allah sebagai syaari' yang satu-satunya? Seorang khalifah atau rakyat terbanyak yang kita harus percayakan?
No comments:
Post a Comment