Mereka membantah nama pemimpin bukan Islam disebut namanya dalam khutbah Jumuat. Mereka kata nama Yang Dipertuan Agung seharusnya disebut dan didoakan bukan nama Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guang Eng. Kebetulan kejadian itu terjadi di negeri Pulaua Pinang dan nama pemimpin bukan Islam yang disebut itu pula adalah pemimpin yang bukan dari parti pemerintah. Maka, jadi riuhlah soldadu yang sekian lama kepeningan itu menggemerincingkan lembing dan tombak yang tidak bermata. Andaikan jika kejadian itu terjadi di Johor dan yang disebutkan nama dalam khutbah itu ialah Chua Soi Lek, tentu keriuhannya tidak seberapa. Sekalipun nama Lee Kwan Yew yang disebutkan.
Kemudian, ketika seorang perempuan Cina bukan Islam, masuk ke dalam surau untuk menyampaikan sumbangan di samping berucap, mereka melatah dan mengatakan orang kafir tak boleh masuk rumah ibadat orang Islam. Kata mereka perempuan cina itu tidak menutup kepala. Orang kafir tarafnya macam wanita berhaid. Tak boleh masuk ruang solat. Macam-macam lagi fatwa-fatwa separa masak keluar dari lidah mereka.
Alhamdulillah, pendapat tersebut berada di pihak pemerintah yang sedang mengalami kejatuhan moral agama. Pendapat yang melarang nama orang bukan Islam disebut dalam khutbah dan melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid ini adalah pendapat agamawan klasik yang menolak tajdid. Mereka kini menjadi harta modal kerajaan yang ada. Namun, golongan agamawan seperti ini sudah terpinggir dari arus. Lambat cepat, golongan ini terpelanting terus.
Alhamdulillah juga, PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam bangkit dengan corak pemikiran agama yang lebih moden yang bersifat murunah dan menerima banyak idea tajdid. Islam yang diperjuangkan PAS tidak melayani ketaasuban agama tak berasas dan fiqh klasik yang tidak menguntungkan. Idea-idea kontemporeri banyak mendominasi perjuangan PAS.
Sungguhpun beberapa bulan lalu kita seolah-olah digemparkan dengan kemasukan 40 orang ulama muda ke dalam UMNO yang merupakan ustaz-ustaz yang dikenali sebagai golongan pro tajdid, mereka tidak dapat mentajdid corak pemikiran agama yang ada dalam UMNO.
UMNO masih lagi dengan karat sekularisme yang membuang agama dari dunia. Masjid adalah tempat suci untuk ritual agama. Oleh itu, hal-hal yang tidak berkaitan ritual agama tidak boleh dibawa ke dalam masjid. Apa lagi membawa orang kafir ke dalam masjid. Demikian juga khutbah, tak boleh sebut nama orang kafir. Tapi kalau khutbah itu sebut program-program keduaniaan yang dilaksanakan kerajaan tidak mengapa.
Oh...YB Cina itu tidak bertudung masuk ke masjid. Barangkali sebab itulah wanita UMNO akan pakai selendang tutup sebahagian kepala kalau hendak masuk masjid. Pada hemat mereka tudung dipakai dalam masjid. Kalau Cina itu pakai tudung tak apalah. Bolehlah dia masuk ke dalam masjid. Dari pak guru mana mereka belajar bahawa bila nak masuk masjid kena pakai tudung. Pakai tudung itu wajib untuk semua muslimah, tak kira di dalam masjid atau di luar masjid. Ia tidak wajib buat yang bukan muslimah. Hukum Syariat tidak dibebankan ke atas yang bukan Islam.
Agama di Malaysia dah lama didominasi golongan konservatif. Dakwah tak marak. Maraknya dakwah hari ini hasil perjuangan NGO dan parti politik berhaluan Islam yang bertindak sebagai gerakan Islam. Inilah yang tidak ada dalam UMNO tetapi agamawan konservatif banyak bergentayangan dalam UMNO.
Nasibmulah wahai UMNO....
No comments:
Post a Comment