CARI BAHAN

Thursday, August 12, 2010

Puasa dan pesta makanan

Bazar Ramadhan dibuka di sana sini. Ramai sekali orang berkunjung ke bazar Ramadhan. sama ada untuk tujuan berjual beli atau sekadar melihat sahaja. Orang Islam dan juga bukan Islam. Seawal jam 12 tengahari bazar sudah memulakan aktiviti jual beli. Yang mencurigakan, ada yang menjual bungkusan ais dan ada yang membelinya. Kalau beli ais bungkus di tengahari, mustahillah untuk di simpan buat berbuka

Hari pertama puasa, Taman Fajar sesak teruk. Kereta keluar berpusu-pusu bumper to bumper sekitar  pasaraya Cheong Leong yang halamannya dipilih sebagai tapak bazar. Warga Taman Fajar yang hendak keluar pun tersekat dengan kereta yang banyak itu. Di tambahan pula kereta yang datang dari jalan Taman Perumahan baru Sejati Ujana.

Sekali lihat, nampak Ramadhan seperti hari-hari orang berpesta makanan. Tak mustahil satu hari nanti Kementerian Pelancongan akan jadikan hari hari Ramadhan sebagai daya tarikan pelancong. Sudah ada ura-ura itu baru-baru ini dari menteri berkenaan yang bukan beragama Islam itu.

Puasa sudah bertukar menjadi adat kebiasaan!

No comments: