CARI BAHAN

Monday, August 16, 2010

Isteri Solehah

Andainya kau tanya diriku, siapa dia wanita solehah? Aku pun tidak tahu menjawabnya.  Kerana aku belum pernah menemuinya. Wanita-wanita zaman ini, ada sahaja masalahnya. Yang cantik menawan tetapi buruk perangainya. Yang indah budi bahasa, kurang pula amal agama. Jika agamanya baik, amalnya soleh, budinya santun masya Allah, tetapi kurang pula menawannya. Bukan sebab semulajadinya kurang menawan tetapi kerana pengurusan dirinya yang nil. Justeru, bagaimana menentukan seorang wanita itu solehah sebenarnya?

Mungkin memadailah memahami kesolehan seorang wanita dengan apa yang disabdakan Rasulullah SAW dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik wanita adalah yang menawan hatimu bila engkau pandang, taat manakala engkau perintah, dan menjaga hartamu serta memelihara kehormatan diri-nya ketika engkau tidak ada di rumah.”( Ibnu Jarir dan al-Baihaqi)

Wajah cantik bukan persoalan. Perangai cantik belum memadai. Agama sempurna perlu sokongan lain. Sesungguhnya siapa yang dinugerahkan isteri solehah, dia telah diberikan salah satu daripada sumber kebahagiaan di dunia!


No comments: