Nusa ini
Tanah bertuah
Ciptaan Tuhan serba indah
Pamahnya luas saujana mata
Bukit dan gunung tersergam megah
Kaya flora dan juga fauna
Sungai jernih merentas belantara desa kota
Empayar bangsa pernah bertahta
Rakyat hidup aman sentosa
Jiwa merdeka sebagai empunya
Kala datang penjajah durjana
Nusa kita dirampas milik
Oleh Portugis, Belanda dan Inggeris
Rakyat merdeka jadi hamba
Seperti menumpang di kampung sendiri
Beratus tahun bangkit pembela
Mengobar semangat jiwa merdeka
Berakar cinta nusa agama
Tak rela diri diinjak nista
Bangsa penjajah bukan tuan kita
Kita tuan di tanah sekakang kera
Biar miskin melarat merata
Jiwa merdeka mahal harganya
Dol Said, Datuk Bahaman dan Tok janggut
Darah mereka tumpah menyubur ladang perjuangan
Diwarisi anak cucu
Dengan rentak tari penuh bijaksana
Dan…
Kini kita mengingati tarikh keramat
31 Ogos negaraku merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
CIKGU ANWAR
1 week ago
No comments:
Post a Comment