CARI BAHAN

Wednesday, August 18, 2010

Solat witir

Setelah selesai solat taraweh 8 rakaat, imam dan sebahagian besar jemaah lanjutkan dengan witir 3 rakaat.  Sebahagian makmum pula tidak melakukan witir. Mereka pulang selepas selesai rakaat taraweh yang terakhir. Andaian baik sangkanya ialah mereka buat witir nanti selepas tambah rakaat taraweh di rumah agar jadi 20 rakaat. Atau mungkin juga mereka mahu solat tahajud dan kemudian melakukan witir. Mudah-mudahan begitulah.

Tetapi, antara yang mengundur diri itu bukan pun ada ciri ahli ibadat. Sesetengahnya anak muda dan kanak-kanak mentah. Ada pula yang dari jenis pada lehernya melengkar sekalung rantai leher. Masakan jenis seperti ini boleh dipercayakan balik rumah solat taraweh sampai cukup 20 rakaat dan kemudian dikhatamkan dengan witir. Atau mungkinkah jenis ini rajin bertahajjud? Wallahu a'lam!

Tapi, nak tahu jenis apa mereka ini, tengoklah masa solat subuh berjemaah di masjid. Kalau nampak mukanya, boleh jadilah mereka solat tahajjud kat rumah. Kalau tak nampak solat subuh kat masjid, solat tahajjud semalaman pun tak guna. Solat taraweh 20 rakaat lagilah tak kena.

Apa yang aku saksikan, masa solat subuh bukan ada manusia-manusia yang meninggalkan witir ini. 

Apa sebenarnya yang mereka fahami tentang solat witir? Ini yang membuatkan aku tertanya-tanya.

No comments: