Kalau sudah jahil, menutup telinga pula daripada pengajaran ilmu yang disampaikan, bagaimana kejahilan itu boleh dihilangkan? Jangan hairan kalau anda melihat manusia jenis ini. Kejahilan ini disebut sebagai 'jahil murakkab'.Jahil jenis ini memang sukar diubati.Si jahil itu tidak pula menyedari dirinya jahil lalu tidak mahu mencari ilmu.
"Ah...yang menyampaikan tazkirah ini siapalah...anak muda mentah!", mungkin demikian rugut orang itu untuk tidak mahu mendengar tazkirah.
Ada seorang anak muda di kampungku. Dia hafiz Al-Quran. Satu masa dia diberi peluang untuk naik mimbar hari jumuat menyampaikan khutbah. Ada suara rugutan seorang yang lebih dewasa mengenainya.
"Masih muda lagi...orang tua kan masih ada!"
Jika disuruhnya untuk naik mimbar baca khutbah, dia tentu enggan. Tapi masih mahu orang tua yang ditamakan. Agama tidak meletakkan orang tua di depan. Adat istiadat sahaja yang mengutamakan orang tua. Dalam agama,ukuran keutamaan didasarkan kepada beberapa nilai maknawi seperti takwa dan ilmu. Untuk menjadi imam, bukan usia yang dilihat, tetapi yang paling mahir membaca Quran. Untuk menjadi pemimpin bukan usia yang dinilai tetapi sifat kuat dan amanah yang diukur.
Demikian, mereka yang enggan meluangkan masa buat sepasang telinga mendengar tazkirah itu, jika diminta menyampaikan tazkirah, mereka akan menolak dan mengatakan tak pandai menyampaikan tazkirah. Apa salahnya kalau merendahkan diri dengar tazkirah seorang anak muda kalau si tua tak tahu menyampaikan tazkirah?
Malangnya manusia merasa gembira untuk dipuji apa yang dia tidak miliki!
Malangnya manusia merasa gembira untuk dipuji apa yang dia tidak miliki!
No comments:
Post a Comment