Sesetengah masjid mengadakan solat taraweh 20 rakat. Ada yang mengadakan 8 rakaat dengan tazkirah. Ada yang mengadakan 8 rakaat tanpa tazkirah.
Sejauh yang aku lihat, masjid yang mengadakan 20 rakaat mengalami kemerososan ketara penyertaan jemaah selepas 8 rakaat. Memang jemaah memenuhi masjid untuk solat taraweh, tetapi selepas 8 rakaat akan berduyun-duyunlah orang bertempiaran keluar dari masjid.
Sebahagian yang keluar itu kerana malas. Sebahagian pula berasaskan ilmu yang mereka yakini benar.
Terdapat perbahasan ilmiah yang diperkatakan mengenai mana yang lebih utama. Solat taraweh 8 rakaat atau 20 rakaat. Mungkin sebahagian yang keluar selepas 8 rakaat itu berkeyakinan bahawa 8 rakaat itulah sunnah.
Justeru, bagi memaksimakan manfaat berkat Ramadhan, di mana ramai orang mendatangi masjid-masjid Allah, pihak jawatankuasa masjid perlu bijak. Adalah bijak jika memasukkan slot tazkirah antara taraweh sebagai medium dakwah menyedarkan masyarakat. Mudah-mudahan sesudah berlalunya Ramadhan kelak, masjid akan terus dipenuhi manusia yang punya kesedaran,
Kita tidak mahu masjid hanya terus menjadi tempat tumpuan di musim Ramadhan. Kesedaran perlu ditambah!
No comments:
Post a Comment