CARI BAHAN

Monday, August 16, 2010

APA ERTI MERDEKA BUATMU?


Merdeka! Merdeka! Merdeka
Merdeka?
Merdeka itu apa?

31 Ogos negaraku merdeka
Bebas dari penjajah durjana
Setelah beratus tahun diperhamba

Demikian kata pemimpin kita
Demikian diajar guru kita
Demikian pesan ayah bonda

Ketika ditanya mat rempit di jalan raya
Merdeka itu ialah mari berlumba
Siapa menang dialah juara
Hadiahnya arak dan wanita

Sekumpulan anak muda di malam merdeka
Sambil menunggu detik 12
Melompat menari terkinja-kinja
Tanduk syaitan di atas kepala
Bebas sungguh jantan betina
Tak kira dosa pahala
Itulah merdeka buat mereka

Orang tua-tua berkata
Susah menjaga anak perempuan
Mudah lagi jaga lembu sekandang
Kala si ibu menegur si anak
Kamu perempuan jagalah diri
Ibu ditempelak dikata kolot
Ini kan zaman merdeka
Itulah erti sebuah merdeka
Buat gadis lupa diri.

Bertungkus lumus membaca buku
Bersengkang mata di pagi dini
Untuk berjaya dalam periksa
Setelah habis di jawab semua
Gagal berjaya soal kedua
Murid pelajar merasa lega
Tekanan berbulan terlerai semua
Buku di lempar bawah tangga
Itulah merdeka buat mereka


Usah mendendang suara meredeka
Kalau merdeka begitu Cuma
Melepas diri dari Tuhan
Tunduk menghamba pada syaitan!

Karya
Ust. Kama

No comments: