Pada detik jam 12 malam, anak-anak muda bermotosikal pelbagai jenis, dari yang berkuasa tinggi hinggalah kapcai berbondong-bondong melalui jalan di tepian tembok tersebut. Sambil menekan minyak dan bersorak gembira, mereka barangkali cuba menyatakan rasa gembira mereka atas detik 31 Ogos yang menjelma. Yang berkereta pula menekan minyak membunyikan kereta sambil melepas asap hitam. Bunga api dilepaskan ke udara dari perkarangan Navy. Mereka yang datang mengerumuni dataran tembok melengok ke udara.
Sambutan ambang merdeka sudah dinyatakan bahawa tidak dianjurkan oleh kerejaan. Namun, sebahagian anak muda yang terdidik dengan sambutan ambang merdeka beberapa tahun dahulu, sudah biasa. Lagipun, pemberhentian sambutan ambang merdeka itu dihentikan sementara kerana menghormati kesucian Ramadhan. Itu sahaja. Bukan kerana memberhentikan gejala tidak sihat yang tumbuh di kalangan rakyat, khususnya muda mudi.
Apalah makna merdekanya negara bagi anak-anak muda itu. Merdeka disambut bukan dengan rasa syukur tetapi dengan hiruk pekik yang membawa kepada sirnanya pancaran akhlak Islam.
Jangan sesal jika merdeka itu memberikan apa-apa makna. Merdeka negara tetapi jiwa warga terhamba di bawah pengaruh syaitan dan nafsu!
No comments:
Post a Comment