Seperti biasa, kita selalu terpengaruh dengan luaran sesuatu. Memang demikianlah lumrahnya. Bagi luaran yang berbentuk persekitaran, ia disebut sesetengah orang dengan istilah "bi-ah". Jika luaran itu meruapakan sikap dan perwatakan, ia terjelma dalam bentuk akhlak dan kelakuan. Pokoknya, luaran mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk tanggapan dan sikap seseorang terhadap sesuatu.
Namun, sikap atau tanggapan terhadap sesuatu banyak yang salah.Sesuatu logam yang disangka emas lantaran warnanya yang kekuningan boleh jadi bukan emas. Mungkin ia cuma sadurn sahaja. Paling malang kalau yang ketulan kuning itu rupanya seketul tahi.
Yang berkilau dari kejauhan itu bukan semestinya kelipan bintang atau sinar batu permata. Mungkin ia cuma sinar dari kristal atau kaca. Paling malang kalau sinar hanyalah dari pancaran mata seekor ular.
Seseorang itu dianggap berilmu tinggi kerana pandainya dia berkata-kata. Masyarakat awam paling mudah membina tanggapan ini kepada seseorang yang dilihatnya berperwatakan seperti orang alim seumpama berjubah, berserban, pandai berpidato, pandai membaca Quran dan sebagainya. Namun, hanya orang yang berilmu mengenali orang yang berilmu dan mengukur sejauh mana keilmuannya.
Bukankah hanya jauhari yang mengenal manikam?
No comments:
Post a Comment