Pandangan Dr. Juanda Jaya dan Dr. Asri nampaknya senada walau berbeza bunga bahasa. Kedua-keduaya menyarankan DS Anwar Ibrahim bersumpah balas ke atas sumpah laknat Eskay. Alasannya adalah untuk menghilangkan buruk sangka. Namun, kata Dr. Asri, sumpah tidak wajib atas DS Anwar.
Cuma aku mahu tanya Dr. Asri dan Dr. Juanda Jaya yang selama ini gagah memperjuangkan sunnah. Apakah membalas sumpah bagi sumpah yang tidak dituntut agama itu sunnah? Mengapa harus melatah dan mengikut rentak tari amalan bid'ah?
Banyak kali sudah diterangkan bahawa sumpah sedemikian bukan berasal dari Islam. Maka, satu sumpah yang tidak diperakui Islam, mengapa harus kita layaninya dan berbuat pula hal yang sama.
Bayangkan, seorang wanita direbuti beberapa lelaki. Lelaki A menggunakan khidmat bomoh dengan minyak dagu untuk mendapat kasih cinta wanita itu. Apakah jika lelaki B yang selama ini menjahi perkara-perkara kesyirikan tersebut, wajar mendapatkan khidmat bomoh dan minyak dagu juga demi mendapatkan kasih cinta wanita itu.
Sepatutnya Dr. Asri maupun Dr. Juanda memberi nasihat, biarkan si kambing mengembik. Kita jangan mengembik sama sebab kita bukan kambing. Menasihati agar kita mengembik sama adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai kemanusiaan kita.
Demikianlah pula, menasihati DS Anwar agar mengikut rentak Eskay yang bersumpah laknat adalah penghinaan kepada prinsip pentsabitan hukum dalam Islam. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
No comments:
Post a Comment