"Keterlibatan Osama dalam keganasan masih lagi berita samar yang tidak dapat disahkan, namun, keterlibatan Amerika Syarikat dalam keganasan telah terbukti", demikian apa yang ditegaskan oleh TG Nik Abdul Aziz berhubung terbunuhnya Osama yang disambut gembira oleh sesetengah orang, termasuk pemimpin-pemimpin UMNO.
Mengatakan kematian Osama akan membawa dunia lebih aman, selamat dan adil adalah pandangan yang tidak cermat. Lebih-lebih lagi kenyataan itu keluar daripada pemimpin utama negara. Semalam DS Najib dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein menyebutkan sedemikian. Apa yang mereka ungkapkan itu adalah senada dengan AS dan tidak memperlihatkan sikap mereka membenci pejuang Islam.
Apakah benar Osama melakukan keganasan? Berapa ramai adik beradik kita yang dibom oleh Osama? Tapi, ramai sekali saudara seislam kita yang dibom oleh AS.
No comments:
Post a Comment