Esok aku akan balik ke kampungku di Kedah. Sekolah bercuti selama dua minggu. Tahun-tahun sebelumnya aku tidak balik kalau cuti semester pertama. Aku hanya balik cuti akhir tahun kerana pada masa itu cutinya panjang. Kepulanganku kali ini lebih kerana ada majlis kenduri kahwin keluarga isteriku.
Balik kampung memang seronok. Lebih-lebih lagi kalau sudah lama tidak balik. Ada ibu di kampung. Ada adik beradik yang boleh ditemui. Malah, ada banyak nostalgia yang terlukis pada suasana di kampung halaman.
Secara peribadi, kepulangan ke kampung membuatku merasa 'release'. Aku lupakan tentang kerja sekolah dan berhenti seketika merungsingi hal ehwal Jama'ah.
Esok jam 11.35 pagi penerbanganku bermula dari Sandakan menuju KLIA. Dari KLIA ke Alor Setar pula adalah pada pukul 7.55 petang.
No comments:
Post a Comment